Page 12 - BUKU M'RAT AGUNG PIBG KE 35
P. 12
1. UCAPAN PENGERUSI MESYUARAT
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah dan
penghargaan kepada Guru Besar iaitu Puan Azlia Liza binti Alias, barisan
pentadbir sekolah, guru-guru juga ibu bapa kerana dapat berkumpul di
Dewan Ilmiah SK Pulau Rusa untuk berbincang dan mencapai kata sepakat
dalam melaksanakan program kecemerlangan anak-anak SK Pulau Rusa.
1.2 Memandangkan kos percetakan yang agak tinggi, mesyuarat agung pada
kali ini telah memilih satu inisiatif iaitu buku mesyuarat hanya diedar dalam
bentuk ‘softcopy’. Walaubagaimanapun, Pengerusi memohon ibu bapa
menyimpan buku mesyuarat dalam bentuk ‘hardcopy’ bagi memudahkan
urusan di masa akan datang.
1.3 Pengerusi memaklumkan keputusan UPSR 2018, SK Pulau Rusa berada
pada tahap yang membanggaka dan peluang untuk kejayaan lebih terbuka
pada tahun 2019. Beliau mengharapkan pengembelengan tenaga dan
semangat yang jitu dari warga sekolah mampu menjulang kejayaan pada
tahun 2019.
1.4 Beliau juga mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kerjasama
semua pihak, SK Pulau Rusa telah berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti
sepanjang tahun 2018 dan berharap agar ibu bapa memberikan komitmen
yang tinggi dan sokongan kepada pihak sekolah untuk mencapai satu tanda
aras yang lebih baik pada masa akan datang.
1.5 Beliau turut merakamkan tahniah kepada Encik Shukri bin Mohamad selaku
Penolong Kanan Kokurikulum SK Pulau Rusa kerana seorang murid telah
meraih pingat perak dalam acara 80 meter lari berpagar di kejohanan Majlis
Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Kuala Terengganu baru-baru ini.
2. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG YANG LALU
2.1 Setiausaha membentangkan peringatan Mesyuarat Agung PIBG yang lalu
dengan merujuk Buku Mesyuarat Agung Kali Ke 34 pada mukasurat 8 - 16.
2.2 Tuan Haji Hamdan bin Abu bakar mencadangkan agar laporan diterima dan
telah disokong oleh Encik Ahmad Hazelan bin Abdullah.
12

