Page 14 - PIBG SMSKP
P. 14
Batu 19 Jalan Kodiang,
06000 Jitra
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU Kedah Darul Aman
SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU Tel: +604-9257855
JPK 03-07/3200 (268) Fax:+604-9257844
E-mail:pibgkupsis@gmail.com
AGENDA PERKARA
BIL
I. PERUTUSAN PENGERUSI
1. Pengerusi selaku YDP, Pn Anijawati bt Jamaludin memulakan majlis dengan
bacaan Al-Fatihah. Beliau mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada
Pengetua, Penolong Kanan, semua AJK PIBG, guru-guru dan ibu bapa serta waris
ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-10.
2. Beliau mengharapkan majlis hari ini berjalan lancar dan segala keputusan yang
dibuat adalah demi kebaikan anak-anak kita dan kecemerlangan bersama dalam
segala aspek.
3. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi
kepercayaan dan kerjasama kepada beliau sepanjang menjadi YDP dan berharap
ibu bapa akan memberi kerjasama melantik AJK baharu untuk kebaikan bersama
dan meningkatkan prestasi dan keceriaan kawasan sekolah
II. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT KALI KE-9 2018
4. Setiausaha PIBG sesi 2018/2019, Pn Sabihah binti Ibrahim membentangkan Minit
Mesyuarat Agung PIBG Kali Kesembilan tahun 2018 dari m.s..7 – 14)
5. Puan Maimunah Kasah mencadangkan Minit Mesyuarat PIBG Kali kesembilan
tahun 2018 diterima dan En Noliaazri bin Osman menyokong.
III. PERKARA BERBANGKIT
6. Encik Khalid Muhammad Nor meminta jumlah yang hadir ditulis bilangannya.
Beliau juga mencadangkan mesyuarat dibuat pada sebelah petang supaya mereka
yang bekerja tidak perlu mengambil cuti. Selain itu beliau juga menegur majlis yang
dimulakan lewat 30 minit daripada waktu yang ditetapkan.
7. Pengetua memberitahu bahawa cadangan mengadakan mesyuarat agung pada
waktu petang akan cuba dilaksanakan pada tahun hadapan.
8. YDP memohon maaf atas kelewatan majlis sebab beliau lewat sampai dari Sungai
Petani kerana ada hal yang perlu dilaksanakan pada pagi tersebut.
IV. MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN JAWATANKUASA SESI
2017/2018
9. Pn Sabihah binti Ibrahim selaku Setiausaha meminta hadirin menyemak laporan
jawatankuasa di muka surat 16..
10. Sumbangan dan kerjasama daripada ibu bapa berjaya membantu sekolah
menjalankan aktiviti bagi kecemerlangan dan kemenjadian murid.
13 Mesyuarat Agung PIBG Kali ke- 11 2020

