Page 15 - PIBG SMSKP
P. 15
Batu 19 Jalan Kodiang,
06000 Jitra
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU Kedah Darul Aman
SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU Tel: +604-9257855
Fax:+604-9257844
JPK 03-07/3200 (268)
E-mail:pibgkupsis@gmail.com
V. MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN YANG BERAKHIR
31 DISEMBER 2018
11. En Anas bin Shaari selaku Bendahari PIBG sesi 2018/2019 membentangkan Laporan Penyata
Kewangan PIBG SMSKP yang berakhir 31 Disember 2018 di muka surat 26 -29.
12. En. Khalid mencadangkan agar laporan kewangan PIBG tahun 2018 diterima dan disokong oleh
oleh En.Mansor.
13. Encik Khairul Nizam bin Dahlan memohon perincian untuk perbelanjaan komputer.
Encik Mohd Jamil bin Mustafa selaku guru penyelaras ICT menjelaskan pembelian alat
penyelenggaraan komputer untuk wifi Tingkatan 2 bernilai RM5960. Selain itu perbelanjaan juga
digunakan untuk penyelenggaraan 180 komputer di lima makmal, selain iPad dan 42 unit
netbook ! Malaysia dan tidak mendapat penyelenggaraan sejak 2017.
Pengetua mengalu-alukan kerjasama dan bantuan daripada waris yang mempunyai kemahiran
dan memberitahu masalah di sekolah adalah masalah signal yang terhad.
14 Puan Siti Nur Analina binti Osman menanyakan sumbangan wang kecemerlangan yang berbeza
yuran dan perbelanjaan.Beliau mencadangkan program ditambah.
En Anas memberitahu bahawa wang kecemerlangan hanya menumpang tabung PIBG. Duit
kecemerlangan setiap tingkatan hanya boleh digunakan untuk tingkatan tersebut sahaja .
Tingkatan 3 dan tingkatan 5 ada perkampungan Akademik dan pembayaran kepada guru luar
yang dijemput akan menggunakan duit kecemerlangan.Waris boleh berbincang dengan
Penyelaras Tingkatan untuk program tingkatan..
15. Puan Hazilah selaku PK1 memberitahu bahawa untuk program kecemerlangan setiap tingkatan
60 % untuk bidang akademik, dan 40% untuk sahsiah dan kokurikulum. Beliau memberitahu
bagi duit kecemerlangan yang tidak dihabiskan oleh murid Tingkatan 1 akan dibawa ke hadapan
sehingga badge tersebut sampai ke Tingkatan 5. Pihak akademik telah merancang semua
aktiviti bagi tahun 2019 dan mengalu-alukan bantuan daripada waris. Sekiranya peruntukan duit
kecemerlangan tidak mencukupi, sumbangan daripada PIBG diharapkan.
Pengetua memberitahu bahawa pada tahun hadapan perincian wang setiap tingkatan akan
dilakukan. Perbelanjaan paling banyak adalah untuk kertas dan percetakan.Di kebanyakan
sekolah PIBG memberi sumbangan dan bantuan kepada pihak sekolah dalam kos kertas..
Pengetua berharap sebahagian daripada wang kecemerlangan itu dapat digunakan untuk
membayar kos kertas bagi membantu sekolah
16. En Anas mengingatkan waris agar menyerahkan resit bayaran sebagai bukti pembayaran di
bank dan memyerahkan salinan kuning bank kepada sekolah untuk pengeluaran resit rasmi
PIBG.
14 Mesyuarat Agung PIBG Kali ke- 11 2020

