Page 19 - PIBG SMSKP
P. 19
Batu 19 Jalan Kodiang,
06000 Jitra
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU Kedah Darul Aman
Tel: +604-9257855
SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU
JPK 03-07/3200 (268) Fax:+604-9257844
E-mail:pibgkupsis@gmail.com
35. Beliau menyatakan bagi PT3, mata pelajaran Matematik , pencapaian mereka tidak memberangsangkan
dan berharap sekolah dapat memberi perhatian yang khusus bagi mata pelajaran Matematik.
36. Pengetua menyatakan bahawa SPM lebih penting dan utama manakala PT# hanya untuk menentukan
aliran untuk murid. Bagi aliran Sains tulen, pelajar perlu mendapat sekurang-kurangnya C untuk
Matematik dan Sains. Mata pelajaran Matematik , murid perlu kuasai dari awal dan semasa di dalam
kelas.
Sekolah mempunyai Program Kawalan Prestasi Akademik bermula dengan keputusan Ujian Prestasi 1.
Sekiranya pelajar tidak mencapai tahap yang ditetapkan pihak sekolah, surat akan dikeluarkan kepada
penjaga / waris dan pelajar perlu menghadiri kelas tambahan.
37. Encik Azman bin Shamsudin mencadangkan pelajar yang lebih cemerlang membantu pelajar yang kurang
cemerlang.
Pengetua memaklumkan bahawa sekolah telah mengadakan program sedemikian iaitu Program Guru
Muda.
38. En Khalid bin Mohd Nor mencadangkan pelajar dibenarkan BBM setiap minggu pada bulan Ramadan.
Pengetua memberitahu bahawa beliau bersetuju sekiranya pelajar mencapai keputusan yang baik dalam
ujian.
XI UCAPAN PENANGGUHAN
Encik Mansor bin Din selaku YDP yang baharu mengucapkan terima kasih kepada Puan Anijawati atas
sumbangan beliau sepanjang menjadi YDP. Beliau mengharapkan
kerjasama semua pihak dan sikap saling membantu perlu untuk kebaikan dan kecemerlangan anak-anak
SMSKP . Beliau juga berharap akan dapat menubuhkan biro sebagai suntikan yang lebih baik. Hal ini
kerana setiap orang ada kelebihan dan mencerminkan realiti kehidupan dan kesepakatan dapat
menyelesaikan pelbagai masalah . Beliau juga berharap dalam melaksanakan tugas demi kecemerlangan ,
perasaan putus asa harus dijauhkan demi kecemerlangan semua.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.16 tengah hari.
Pencatat:
1. Pn Nor Syahfidzah bt Noh
2. Nur Amirah Nasuha binti Rosli
3. Nur Musfirah binti Morad
4. Nor Hazwani bt Hussain @ Mat Hussin
Disediakan oleh,
(SABIHAH BINTI IBRAHIM)
Setiausaha PIBG sesi 2019/2020,
SM Sains Kubang Pasu.
18 Mesyuarat Agung PIBG Kali ke- 11 2020

