Page 16 - PIBG SMSKP
P. 16

Batu 19 Jalan Kodiang,
                                                                                   06000 Jitra
                              PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU                          Kedah Darul Aman
                              SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU                   Tel: +604-9257855
                              JPK 03-07/3200 (268)                                 Fax:+604-9257844
                                                                                   E-mail:pibgkupsis@gmail.com

                   17.   En Khalid mencadangkan bagi waris murid  Tingkatan 3 dan 5, agar datang  ke sekolah dan
                        berbincang dengan  pihak sekolah supaya faham tentang program yang dilakukan. ,Beliau juga
                        ingin tahu kenapa cenderamata perlu diberikan kepada guru KAFA sedangkan mereka dibayar .

                   18.   Encik Azami memberitahu  guru-guru KAFA tersebut untuk murid Tingkatan 1,2 dan 4. Majlis
                        guru KAFA 2018 adalah di bawah pengurusan En Jasmi.

             VI.        MEMBAHASKAN USUL DAN CADANGAN

                   19.   En Shafa Ridzwan bin Shamsudin bertanya tentang tandas dewan yang ditutup dan tidak boleh
                        digunakan pada hujung minggu.

                        En Azami menjelaskan tandas dewan ditutup tetapi tandas blok pentadbiran dan kelad dibuka.
                        Tandas ditutup kerana pelajar gemar menggunakan tandas dewan dan bergerak jauh semasa
                        PDP.

                        Puan Anijawati setuju dan berharap tandas dewan dibuka pada hujung minggu dan berharap
                        waris dapat bersama-sama menjaga kebersihan tandas.

                   20.   Pn. Balkhis mencadangkan yuran PIBG dinaikkan daripada RM50 ke RM100.
                        Rasionalnya peruntukan yang diterima sekolah sebelum ini banyak dikurangkan.

                        Cadangan kedua ialah PK KOKO berharap dana kokurikulum iaitu sumbangan RM50 setahun
                        kerana  kokurikulum  diambil  kira  untuk  ke  IPTA  dan  banyak  kos  diperlukan  sedangkan
                        peruntukannya dikurangkan.

                        Encik Khalid mencadangkan agar sumbangan PIBG kekal RM50 tetapi setuju dana kokurikulum
                        sebanyak RM50.

                        En Rashid bin Ghani berpendapat tidak perlu pertambahan dana kerana masih banyak baki yang
                        tidak digunakan.

                        Pengetua memberitahu bahawa duit yang banyak tersebut adalah duit kecemerlangan dan tidak
                        boleh digunakan untuk perkara yang lain kecuali untuk program kecemerlangan dan  bagi setiap
                        badge dan namun  masih ada murid yang tidak membayar.

                   21.   Encik Azrul Nizam Abdul Aziz mencadangkan lampiran pembayaran secara terperinci dilakukan
                        dan akan dilakukan pada tahun hadapan.

                        En Mansor menyokong yuran dinaikkan kerana sudah 10 tahun tidak dinaikkan. Selain itu  beliau
                        juga mengingatkan pentingnya kokurikulum pada masa sekarang dan peruntukan yang banyak
                        dipotong dan wajar RM50 tambahan kepada duit koko. Beliau juga berkata segala kejayaan itu
                        adalah untuk anak-anak kita dan itu merupakan satu usaha penggemblengan bersama.

                        Puan  Siti  Nor  Analina  tidak  bersetuju  untuk  menambah  wang  sumbangan  PIBG  kerana
                        pengurusan wang masih kurang jelas dan boleh gunakan wang yang lain.





                                                                                                   15                   Mesyuarat Agung PIBG Kali ke- 11 2020
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21