Page 174 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 174
Jenis Sistem Peredaran
10.1
Keperluan sistem pengangkutan organisma
multisel kompleks
Setiap sel hidup memerlukan bahan keperluan sel seperti oksigen dan
nutrien dan menyingkirkan bahan buangan sel seperti karbon dioksida
dan bahan kumuh bernitrogen.
Dalam Bab 2, anda telah mempelajari bagaimana organisma unisel
seperti Amoeba sp. memperoleh bahan keperluan dan menyingkirkan
bahan buangan secara resapan dari dan ke persekitaran luar. Organisma
unisel mempunyai isi padu badan yang kecil. Maka, nisbah jumlah luas
permukaan kepada isi padu (JLP/I) organisma adalah besar. Oleh itu,
Amoeba sp. tidak memerlukan satu sistem pengangkutan yang khusus
untuk mengangkut bahan masuk dan keluar sel.
Bagaimana pula dengan organisma multisel? Bolehkah organisma
multisel mendapat semua bahan keperluan sel dan menyingkirkan
Pertukaran bahan bahan kumuh melalui resapan ringkas seperti organisma unisel?
boleh berlaku
secara resapan Organisma multisel kompleks bersaiz besar tidak boleh memperoleh
kerana sel berada bahan keperluan dan menyingkirkan bahan buangan secara resapan
dalam persekitaran. kerana JLP/I organisma tersebut adalah kecil. Jarak persekitaran luar
dari sel pula adalah terlalu jauh untuk pertukaran bahan secara langsung.
Jadi, bagaimanakah organisma multisel kompleks memperoleh bahan
keperluan sel?
persekitaran luar Pertukaran bahan
terletak jauh tidak boleh
dari sel
berlaku secara
resapan kerana
sel terletak
epidermis terlalu jauh
dari persekitaran.
sel badan
RAJAH 10.2
Pertukaran bahan bagi
organisma multisel
persekitaran luar
RAJAH 10.1 Pertukaran bahan
bagi organisma unisel
168 10.1.1 10.1.2

