Page 170 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 170

Praktis Sumatif 9




                    1  Sesetengah orang tidak boleh minum susu kerana akan menghadapi masalah cirit-birit dan
                     kembung perut. Jelaskan keadaan ini.

                    2  Amin makan daging untuk sajian tengah hari. Terangkan bagaimana protein dicernakan
                     dalam perut Amin.


                    3  Seorang individu mempunyai tabiat pemakanan seperti berikut:

                            Makan dengan banyak dalam masa yang singkat diikuti oleh
                            pemuntahan semula secara sengaja setiap kali selepas makan.


                       Terangkan bagaimana tabiat pemakanan ini mempengaruhi kesihatan individu tersebut.


                    4  Rajah 1 menunjukkan salur alimentari dalam manusia.







                                                                             Z
                                      X                                        Y













                                                        RAJAH 1

                       (a)  Namakan struktur X dan Y.
                       (b)  (i)  Enzim di dalam X hanya efektif dalam keadaan beralkali. Terangkan bagaimana
                            keadaan beralkali dapat dikekalkan di dalam X.
                          (ii)  Terangkan bagaimana Y terlibat dalam pencernaan karbohidrat di X.
                       (c)  Namakan enzim yang terdapat di dalam Z. Terangkan bagaimana enzim tersebut
                         berfungsi dalam pencernaan protein.
                       (d)  Seorang pelajar gemar makan buah oren dengan banyak. Terangkan kesan pemakanan
                         terlalu banyak buah oren terhadap pencernaan kanji di X.








                164
   165   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175