Page 94 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 94

Lensa Biologi        Enzim intrasel dan enzim ekstrasel
                 Glikolisis berasal    Enzim yang disintesis di dalam sel untuk kegunaan sel itu sendiri
                 daripada perkataan    dikenali sebagai enzim intrasel. Contohnya, enzim heksokinase yang
                 ‘glukosa’ dan ‘lisis’   digunakan dalam proses glikolisis semasa respirasi sel.
                 (pemecahan),
                 dan merupakan         Manakala, enzim yang dirembes keluar sel dikenali sebagai enzim
                 pemecahan             ekstrasel. Contohnya, enzim tripsin yang dihasilkan oleh sel pankreas
                 glukosa oleh enzim    dirembeskan ke dalam duodenum untuk mencernakan polipeptida.
                 heksokinase untuk
                 menghasilkan tenaga   Bagaimanakah enzim ekstrasel dihasilkan? Penghasilan enzim ekstrasel
                 dan piruvat.          melibatkan beberapa komponen sel tertentu (Rajah 5.2).



               1                        2                               3
                 Ribosom merupakan       Protein yang telah disintesis    Apabila sampai di hujung jalinan
                 tapak sintesis protein.  di ribosom memasuki lumen       endoplasma kasar, bahagian
                                         jalinan endoplasma kasar dan     membran tersebut membentuk
                                         diangkut menerusinya.            tunas yang menggenting untuk
                                                                          menghasilkan vesikel angkutan.



                                 membran nukleus
                                                                         protein dirembeskan
                                      liang nukleus                      sebagai enzim
                                                                     6
                                                   jalinan endoplasma
                                                   kasar
                                                                 membran
                                                                 plasma
                                      2

                                                    1
                                                                             5
                                                   ribosom

                                                 3
                                                                                vesikel
                          jalinan endoplasma  protein                           rembesan
                          licin
                                                                      jasad Golgi
                                         4
                                       vesikel angkutan


               4                          5                              6
                 Vesikel angkutan yang       Di dalam jasad Golgi, protein   Vesikel rembesan akan
                 mengandungi protein         diubah suai menjadi enzim     bergerak menuju ke membran
                 bergerak menuju ke          dan dirembes dalam vesikel    plasma dan bercantum
                 arah jasad Golgi dan        rembesan yang terbentuk       dengannya, lalu merembeskan
                 bercantum dengannya.        daripada hujung jasad Golgi.  enzim ke luar sel.


                                           RAJAH 5.2 Penghasilan enzim ekstrasel

                88                                                                                5.2.5
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99