Page 96 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 96
Mekanisme tindakan enzim dan perubahan faktor
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi mekanisme tindakan enzim. Ikatan
kimia dalam enzim boleh diubah dengan mudah melalui perubahan kimia dan
fizikal persekitaran. Antara faktor tersebut ialah suhu, pH, kepekatan enzim dan
kepekatan substrat.
Kesan suhu
Rajah 5.5 menunjukkan kesan suhu terhadap kadar tindak kadar tindak
balas
balas biokimia yang dikawal oleh enzim.
2
suhu
1 • Pada suhu yang rendah, kadar tindak balas yang optimum
dimangkinkan oleh enzim adalah rendah.
• Apabila suhu meningkat, tenaga kinetik molekul substrat
dan enzim turut meningkat. Hal ini meningkatkan 1
frekuensi perlanggaran berkesan antara molekul 3
substrat dengan molekul enzim.
• Kadar tindak balas antara enzim dan substrat meningkat.
• Bagi setiap kenaikan suhu sebanyak 10 °C, kadar tindak
balas yang dikawal oleh enzim akan meningkat sebanyak 37 °C
dua kali ganda sehingga mencapai suhu optimum.
10 20 30 40 50 60
suhu (°C)
2 Pada suhu optimum, tindak balas enzim adalah pada RAJAH 5.5 Kesan suhu terhadap
tahap maksimum. Suhu optimum untuk tindakan kadar tindak balas enzim
enzim dalam badan manusia ialah 37 °C.
3 • Selepas mencapai suhu optimum, peningkatan suhu yang seterusnya akan mengurangkan
aktiviti enzim dengan cepat sehingga aktiviti enzim berhenti pada suhu 60 °C.
• Pada suhu ini, enzim ternyahasli kerana ikatan kimia dalam molekul enzim terputus pada suhu
yang tinggi.
• Enzim tidak dapat mengekalkan bentuk tiga dimensi. Tapak aktif enzim berubah. Substrat tidak
dapat saling berpelengkap dengan tapak aktif enzim.
• Aktiviti enzim dipengaruhi oleh pH larutan
Kesan pH persekitaran. Pada lazimnya, semua enzim
pH optimum bagi bertindak dengan paling berkesan pada
amilase air liur dan pH optimum.
kebanyakan enzim pH optimum
pH optimum dalam sel haiwan untuk tripsin • Kebanyakan enzim berfungsi paling cekap
kadar tindak balas • amilase air liur berfungsi pada pH 6.8.
untuk pepsin
dalam julat pH 6 hingga 8. Misalnya, enzim
Namun, terdapat beberapa pengecualian.
Misalnya, enzim pepsin di dalam perut
bertindak pada pH optimum dalam julat
1.5 hingga 2.5. Enzim tripsin dalam
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
pH duodenum pula hanya dapat bertindak
dengan baik dalam medium beralkali,
RAJAH 5.6 Kesan pH terhadap aktiviti enzim pepsin,
iaitu pada pH sekitar 8.5 (Rajah 5.6).
amilase air liur dan tripsin
90 5.2.8

