Page 387 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 387
APAKAH ITU KOMPETENSI PENTAKSIRAN
Kompetensi Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan evidens (bukti) dan seterusnya membuat penghakiman
tentang tahap kompetensi murid dalam melakukan sesuatu tugasan berdasarkan kepada satu standard yang
telah dikenal pasti.
Evidens - sebarang respons daripada murid tentang jenis pengetahuan, proses atau produk, sama ada dalam
bentuk penulisan, artifak atau lisan yang boleh dijadikan bukti bagi menunjukkan murid telah kompeten dalam
sesuatu tugasan.
Kompetensi - satu unit tugasan (task) yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam
menggunakan alat, bahan dan teknik tertentu untuk menyempurnakan tugas (duty) yang berkaitan dengan
sesuatu pekerjaan (job). Kompetensi boleh diperhatikan dan diukur (taksir).
Standard - tahap kualiti dan kuantiti kerja minimum yang telah dikenal pasti dan ditetapkan serta perlu dicapai
oleh murid untuk menunjukkan kompetensi seperti dalam pernyataan kriteria yang murid harus tahu dan boleh
lakukan.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

