Page 390 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 390

PENTAKSIRAN





         Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu

         proses pendidikan.

          Proses ialah langkah/ tindakan/ operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.

          Maklumat ialah bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir.


          Penghakiman merupakan proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.

          Produk dalam konteks pendidikan merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui

             proses pendidikan.


                                                                           PEPERIKSAAN





          Jika pentaksiran merupakan proses, peperiksaan pula merupakan salah satu kaedah, sistem atau mekanisme yang

              digunakan dalam proses pentaksiran.

          Sesuatu peperiksaan selalunya mengandungi beberapa siri ujian yang terancang untuk mendapatkan ukuran tentang
              sejauh mana proses pengajaran-pembelajaran itu berkesan.


          Ujian-ujian yang terdapat dalam sesuatu sistem peperiksaan boleh jadi ujian bertulis, ujian amali, ujian lisan, ujian
              pendengaran dan ujian berkomputer. Dengan ciri yang sedemikian, peperiksaan selalunya hanya sesuai diguna untuk

              mentaksir domain kognitif atau kebolehan mental seseorang.


   NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   385   386   387   388   389   390   391   392   393   394   395