Page 42 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 42
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Teori psikologi kognitif menekankan perkembangan corak pemikiran manusia – cara ia
berfikir dan membentuk makna. Corak pemikiran seseorang bergantung kepada cara ia
membina (construct) dan memberi makna kepada apa yang dipelajari dan dialaminya.
1 Umpamanya, setiap orang mempunyai sahabat yang berada di sekeliling kita. Ada sahabat yang paling akrab
dengan kita dan ada sahabat yang jarang berinteraksi. Sukar bagi kita untuk berinteraksi rapat dengan semua
sahabat disekeliling kita. Walau bagaimanapun, kita akan sentiasa mengingati sahabat kita dengan peristiwa yang
kita alami bersama pada sesuatu ketika dahulu. Ini kerana peristiwa itu merupakan sesuatu pengalaman yang
bermakna kepada kita.
2 Dalam teori kognitif, pembelajaran akan berlaku apabila kita cuba mencari maksud berkaitan dengan sesuatu
perkara. Kita menggunakan pemikiran dan otak untuk belajar. Disamping itu kepercayaan, harapan dan perasaan
juga mempengaruhi pembelajaran kita.
3 Dalam situasi bilik darjah, murid belajar dengan memperolehi dan mengelolakan pengetahuan. Murid sentiasa
mengelolakan pengalaman yang sedia ada untuk membina struktur kognitif demi memperoleh pengetahuan baru.
4 Setiap kali murid belajar, mereka akan mengelolakan dan menyimpan pengalaman dalam ingatan. Bahkan mereka
akan menghayati maksud perkara yang baru mereka pelajari. Pengalaman yang bertindih juga dapat membantu
murid menyelesaikan sesuatu masalah yang mereka hadapi.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

