Page 38 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 38
TEORI-TEORI PEMBELAJARAN
Proses pembelajaran adalah sesuatu aktiviti yang dinamik. Para pendidik perlu sentiasa
berusaha mencari aras yang sesuai tentang kaedah pengajaran yang harus disusun supaya
pembelajaran dapat berjalan dengan berkesan (Lourdusamy, 1995).
Menggunakan pendekatan teori, membantu pendidik untuk memahami kaedah pembelajaran
yang sesuai yang boleh digunapakai bagi memahami dan menyesuaikan bagaimana cara
murid belajar.
Teori pembelajaran juga membantu pendidik mengembangkan idea pembelajaran yang
merangkumi faktor dalaman, serta perubahan yang tidak diperhatikan seperti harapan,
kepercayaan dan pemikiran.
Menggunakan teori yang bersesuaian dengan karaktor dan sifat murid di dalam kelas dapat
membantu pendidik khususnya guru dalam proses pembelajaran dan pengajaran di samping
untuk menarik minat murid terus fokus semasa proses pembelajaran berlangsung.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

