Page 81 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 81

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL





         Psikologi sosial memberi tumpuan terhadap kesan kepada perkembangan pemikiran dan

         sosio-emosi individu apabila ia berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain, baik

         secara berdua atau berkumpulan.



          1           Seseorang banyak belajar dari peranannya dalam sesuatu kumpulan : dalam keluarga, rakan sebaya, kumpulan


                      dalam kelas atau kumpulan dalam kokurikulum.




          2           Melalui perbincangan dan aktiviti kerjasama secara kooperatif misalnya ia memahami orang lain, meniru


                      (modelling) orang lain, dari segi bahasa, cara bekerja, sikap dan nilai.



          3           Kesan daripada ini adalah seseorang belajar nilai menghormati orang lain, sikap bertolak ansur dalam kerja



                      kumpulan, bertanggungjawab untuk menyiapkan kerja kumpulan dan sebagainya.


          4           Pendekatan pembelajaran kooperatif atau projek kumpulan dan pengajaran rakan sebaya (peer teaching) adalah di



                      antara pendekatan pedagogi yang berasaskan teori psikologi sosial.




   NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86