Page 85 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 85
KESAN PEMBELAJARAN MELALUI PEMERHATIAN (PEMODELAN)
Mengajar tingkah laku baru
Murid-murid mempelajari banyak tingkah laku baru daripada sekolah, misalnya bahasa asing, kemahiran amali sains,
kemahiran sukan dan sebagainya. Murid-murid mempelajari tingkah laku ini daripada guru dan rakan-rakan sebaya.
Menggalakkan tingkah laku yang lama
Memerhatikan tingkah laku orang lain dapat menggambarkan kepada kita tingkah laku lama yang mana dapat digunakan.
Misalnya, cara yang betul menulis sepucuk surat rasmi, menyusun kerusi dewan dan cara membawa diri dalam suatu
perhimpunan rasmi.
Mengukuhkan atau melemahkan sesuatu halangan untuk tujuan
membantu murid mengatasi perasaan takut atau malu
Sekiranya murid-murid dalam sebuah kelas melihat seorang kawan mereka melakukan kesalahan dan kawan mereka itu
tidak dikenakan denda, mereka mungkin akan mempelajari perlakuan yang tidak baik itu. Akan tetapi, apabila guru memberi
hukuman kepada murid yang melakukan kesalahan itu, khususnya jika murid itu seorang ketua kelas, maka kesan itu dapat
dirasai oleh semua murid lain dan seterusnya dapat menghalang tingkah laku itu daripada berlaku / berulang lagi.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

