Page 84 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 84
PEMBELAJARAN MELALUI PEMERHATIAN (PEMODELAN)
1 Pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan mempunyai beberapa persama dengan pelaziman. Misalnya,
peneguhan dalam pemodelan boleh mendorong pembelajaran. Bagaimanapun pemodelan bukan merupakan satu
perbuatan meniru kerana murid melakukan tingkah laku yang serupa tetapi bukan menunjukkan tingkah laku
pendua.
2 Kita dapat mempelajari banyak perkara melalui pemerhatian atau mengikut model yang ditunjukkan oleh orang
lain. Pemerhatian ialah satu proses pembelajaran yang berkesan terutamanya bagi kanak-kanak.
3 Biasanya kanak-kanak melakukan sesuatu buat kali pertama melalui pemerhatian terhadap model misalnya
menggosok gigi, menulis dan sebagainya.
4 Melalui pemodelan, kita belajar cara melakukan sesuatu tingkah laku serta apa yang akan berlaku kepada kita
dalam situasi tertentu apabila tingkah laku itu ditunjukkan. Misalnya kita akan memberhentikan kereta apabila
melihat lampu isyarat merah. Kita pernah melihat kesalahan tidak mematuhi isyarat lampu merah akan disaman
oleh polis.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

