Page 95 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 95
MODEL PENGAJARAN TYLER
Salah satu model atau sistem pembangunan kurikulum dan pengajaran klasik yang banyak
mempengaruhi perancangan kurikulum dan pengajaran di sekolah.
1 Model Tyler memberi penekanan kepada suatu pembelajaran yang terarah, dirancang dan dikelola oleh pihak
sekolah. Tyler menegaskan bahawa untuk mencapai sesuatu tujuan, penggunaan objektif dalam perkembangan
kurikulum sangat penting.
2 Menurut Tyler, penekanan yang perlu dititikberat dalam proses pendidikan ialah pembentukan tingkah laku.
Berdasarkan model ini, terdapat perubahan yang signifikan terhadap pola tingkah laku murid di mana perubahan
yang berlaku ialah apabila setiap kali perubahan penyataan objektif sekolah.
3 Dalam model Tyler, ia merangkumi objektif pendidikan, segala pengalaman yang dirancang dan penilaian murid.
4 Tujuan sebenar pendidikan adalah untuk membawa perubahan dalam tingkah laku murid.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

