Page 98 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 98
MODEL PENGAJARAN TYLER
1 OBJEKTIF
Matlamat yang hendak dicapai oleh guru terhadap muridnya. Dalam proses P&P, guru akan menetapkan matlamat dan objektif yang
diperoleh di akhir sesuatu pembelajaran yang dilaksanakan. Tyler menyatakan bahawa dalam usaha mencapai objektif, guru harus
memastikan objektif yang dipilih mestilah selaras dengan keperluan murid di samping isi kandungan yang sesuai dengan keperluan
masyarakat. Satu ciri objektif yang jelas baik pula haruslah realistik dan sejajar dengan aras kebolehan serta minat murid. Untuk
merangka suatu pengajaran yang bersistematik, Dokumen Standard Prestasi dan Dokumen Standard Kurikulum haruslah menjadi
rujukan. Dalam menentukan objektif, pertimbangan yang harus diambilkira ialah penglibatan murid (audience), peringkat boleh diukur
(behavior), keadaan (condition) dan tingkat prestasi murid (degree).
2 KANDUNGAN
Kandungan kursus merupakan aras kedua dalam pembentukan kurikulum Model Tyler. Kandungan kursus yang mantap mestilah
berdasarkan pemilihan dan perancangan pembelajaran oleh guru. Dalam memilih kandungan, menuntut kreativiti yang mendalam
seseorang guru. Perancang kurikulum harus mengambilkira aspek pengalaman sedia ada murid. Untuk mencapai objektif yang
ditetapkan, penyusunan bahan kurikulum harus disusun mengikut unit-unit pembelajaran dari aras mudah ke aras yang lebih kompleks.
Ini bagi menghasilkan penerimaan pengajaran yang optima daripada guru. Dalam penyusunan kandungan, Tyler menyarankan tiga prinsip
utama yang perlu dijadikan dasar iaitu prinsip kesinambungan, prinsip ketertiban dan prinsip kesepaduan.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

