Page 100 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 100

MODEL PENGAJARAN TYLER






            3            KAEDAH



           Kaedah dalam Model Tyler berfokus kepada pemilihan set-set dan kaedah pengajaran yang dipilih oleh guru. Pemilihan kaedah

               pengajaran merupakan suatu yang sangat penting kerana pemilihan kaedah yang bersesuaian dengan isi kandungan yang

            disampaikan akan membawa kesan terbaik kepada pembelajaran murid. Pemilihan buku-buku rujukan yang sesuai di samping
          pemilihan alat bantu mengajar yang menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan memberikan impak yang terbaik.










            4           PENILAIAN



             Untuk melihat kesan ketercapaian objektif dan matlamat kurikulum sama ada berjaya atau sebaliknya, maka penilaian akan

              dilakukan. Penilaian ini boleh dilaksanakan dengan berbagai-bagai kaedah dan pada pelbagai peringkat bagi mendapatkan
          pembuktian keberkesanan pembelajaran dan pencapaian objektif yang telah ditetapkan. Penilaian yang biasanya dilakukan ialah

         penilaian secara formatif atau sumatif. Penilaian formatif merupakan penilaian secara berterusan yang dilakukan selepas selesai

          sesi P&P manakala penilaian sumatif ialah penilaian akhir tahun seperti peperiksaan akhir tahun dan peperiksaan umum seperti

                     PMR atau SPM. Penambahbaikan kurikulum akan dilakukan secara berterusan melalui kaedah penilaian sumatif.



   NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105