Page 161 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 161

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN





                  PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA



                  TEMU BUAL



      TEMU BUAL TIDAK BERSTRUKTUR


      ❑ Kejayaan sesuatu temu bual itu juga bergantung kepada kesediaan serta pengetahuan yang dimiliki oleh responden atau informan.

          Perlu dikenalpasti informan utama yang dapat memberi kerjasama semasa dan sepanjang tempoh temubual dijalankan. Informan

          utama biasanya mempunyai pengetahuan yang banyak berkaitan dengan topik yang dikaji. Ini bersesuaian dengan tujuan temubual
          tidak berstruktur untuk meningkatkan pengetahuan penyelidikan tentang bidang yang belum lagi banyak diketahui. Perlu

          dipertimbangkan beberapa perkara dalam memilih informan utama, antaranya faktor ethnik, kelas atau umur yang mempunyai

          pengaruh yang signifikan ke atas perspektif responden.
      ❑ Walaupun tidak berstruktur, tidak semestinya temu bual ini tidak perlu dirancang. Dalam membuat persediaan untuk temu bual,

          penyelidik perlulah:

                 ✓ Melihat semula soalan kajian dan model teoretikal kajian
                 ✓ Membina soalan-soalan umum untuk digunakan dalam temubual

                 ✓ Membuat temujanji untuk menjalankan temubual serta kenalpasti lokasi yang sesuai

                 ✓ Sediakan keperluan alat rakaman yang sesuai




                                                     NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166