Page 166 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 166

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN





                  PENGUMPULAN DATA – MEREKOD DAN MENILAI DATA TEMU BUAL




          ❑ Terdapat tiga cara asas merekod data temubual.
          ❑ Yang selalu digunakan ialah dengan merakam temubual dengan menggunakan pita rakaman.

          ❑ Cara yang kedua ialah dengan mengambil nota semasa temubual. Cara ini digunakan setelah rakaman temubual tidak

               dapat dijalankan.

          ❑ Cara ketiga pula ialah dengan merekod seberapa banyak maklumat temubual yang dapat diingat selepas sahaja tamat

               temubual dijalankan.
          ❑ Ketiga-tiga cara ini mempunyai kelebihan dan kelemahannya. Kerosakan pita rakaman dan ketidakselesaan partisipan

               semasa ditemubual sering berlaku semasa mengadakan temubual dengan menggunakan pita rakaman. Adalah sukar untuk

               merekodkan semua yang diperkatakan oleh partisipan semasa temubual. Ini agak menyukarkan untuk menentukan mana

               maklumat yang penting dan mana yang tidak. Ini berlaku apabila mengambil nota semasa temubual.

          ❑ Di samping itu terdapat perkara-perkara yang berkaitan dengan gerak badan, mimik muka serta tingkahlaku partisipan yang

               mungkin tidak dapat diteliti kerana penemubual sibuk mengambil nota. Tidak semua perkara yang diperkatakan oleh

               partisipan dapat diingat dengan baik oleh penemubual. Ini mungkin menyebabkan banyak maklumat yang penting akan
               hilang.






                                                     NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170   171