Page 162 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 162
PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN
PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA
TEMU BUAL
TEMU BUAL BERKUMPULAN
❑ Fontana & Frey (2003) menjelaskan bahawa temubual berkumpulan pada asasnya adalah merupakan teknik
pengumpulan data kualitatif yang bergantung kepada penyoalan yang sistematik secara serentak kepada beberapa
individu dalam latar yang formal dan tidak formal.
❑ Penggunaan temubual berkumpulan biasanya dikaitkan dengan kajian pasaran yang dilabelkan sebagai kumpulan fokus,
tujuan utamanya adalah untuk mengumpul pendapat pengguna tentang ciri-ciri sesuatu produk, tema-tema pengiklanan
atau perkhidmatan penghantaran.
❑ Format ini juga telah digunakan secara meluas oleh parti politik dan calon-calon politik yang berminat untuk mengetahui
reaksi pengundi-pengundi tentang sesuatu isu dan polisi. Temubual berkumpulan juga digunakan dalam kajian sosiologi.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

