Page 163 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 163
PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN
PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA
TEMU BUAL
TEMU BUAL BERKUMPULAN
❑ Dalam temubual berkumpulan, penembual atau moderator akan mengarahkan inkuiri dan interaksi antara responden dalam
bentuk yang sangat berstruktur atau mungkin dalam situasi yang sangat tidak berstruktur, bergantung kepada tujuan
penemubual.
❑ Dengan ertikata lain temubual berkumpulan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk bergantung kepada tujuannya. Ia boleh
merupakan sesi percambahan fikiran atau sumbangsaran yang mempunyai sedikit atau tidak mempunyai struktur dan arahan
langsung daripada penyelidik, atau ia mungkin sangat berstruktur seperti dalam teknik nominal, Delphi dan kumpulan fokus
pemasaran. Latar di mana kerja lapangan dijalankan, sama ada formal atau tidak formal juga boleh menentukan bentuk
temubual berkumpulan.
❑ Dalam konteks yang formal, seperti dalam makmal kajian, yang keadaannya dikawal, penyelidik mungkin boleh bertanya soalan
yang sangat terarah, atau dalam konteks yang sebenar seperti dikaki lima jalan, atau dikawasan rekreasi awam, merupakan
tempat yang sangat sesuai untuk perbualan santai tetapi bertujuan.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

