Page 167 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 167
PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN
PENGUMPULAN DATA – MEREKOD DAN MENILAI DATA TEMU BUAL
❑ Adalah penting bagi penyelidik menulis refleksinya dengan segera selepas temubual. Refleksi ini mengandungi makna-
makna yang dicadangkan dalam temubual, nota deskriptif tentang tindakbalas lisan dan bukan lisan, pandangan dan
pemikiran penyelidik sendiri tentang temubual.
❑ Nota pasca temubual membolehkan penyelidik memantau proses pengumpulan data di samping mula menganalisis
maklumat. Adalah juga penting dinilai kualiti data yang diperolehi. Terdapat beberapa perkara yang mungkin mempengaruhi
kualiti data seperti kesihatan partisipan, mood semasa temubual, motif partisipan terlibat dalam penyelidikan dan lain-lain.
❑ Apa yang diperolehi dalam temubual adalah persepsi partisipan. Maklumat mungkin diada-adakan ataupun dibesar-
besarkan. Cara yang biasa dilakukan untuk mengesan dan mengesah data adalah dengan proses triangulasi melalui
perbandingan data dengan data responden lain, ataupun perbandingan dengan data dokumen atau data pemerhatian.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

