Page 181 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 181
PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN
PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA
BAHAN DOKUMEN
MENGINTERPRESTASI BAHAN DOKUMEN
❑ Menginterpretasi bahan dokumen termasuk teks bertulis dan artifak memerlukan pertimbangan terhadap definisi konteks
dan masa. Apabila sesuatu teks itu dibaca dalam konteks yang berbeza, ianya akan diberi makna yang baru dan biasanya
bertentangan kerana ia ditafsirkan mengikut latar sosial di mana teks itu dibaca.
❑ Oleh itu teks boleh digunakan bersama lain-lain bentuk bukti, dengan itu bias dan nilai tertentu boleh difahami dan
dibandingkan. Begitu juga dengan jenis-jenis teks yang berbeza perlu difahami dalam konteks keadaan ianya dihasilkan,
digunakan dan dibaca.
❑ Misalnya, penganalisis akan memberi perhatian sama ada teks ditulis berdasarkan pengalaman sendiri atau daripada
sumber sekunder, sama ada ianya diminta untuk ditulis atau tidak, sama ada ianya diedit atau tidak, nama penulis
dinyatakan atau hanya nama samaran dan sebagainya (Webb, Campbell, Schwartz & Sechrest, 1966, dalam Ian Hodder,
2003). Dengan ertikata lain, teks kerja lapangan perlu lah ditulis mengikut konteks masa yang spesifik. Bahan akan
berterusan diinterpretasi semula dalam kontek-konteks yang baru.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

