Page 185 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 185
KANDUNGAN & SUSUN ATUR CADANGAN KAJIAN
SUSUN ATUR
PERNYATAAN MASALAH : REFLEKSI P&P LALU
❑ Dinyatakan sebagai masalah sama ada merupakan keraguan, kesukaran atau ketidakpuasan hati terhadap jawapan atau
penyelesaian yang tidak mempunyai bukti yang segera.
❑ Menyatakan dengan jelas masalah yang hendak dikaji dan menjadikannya satu kes yang penting serta jangkaan
penyelesaiannya.
❑ Dalam konteks kajian tindakan bilik darjah, biasanya masalah adalah berkait rapat dengan masalah pengajaran dan
pembelajaran. Melalui refleksi yang dilakukan ke atas pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan biasanya, guru
akan mendapati kelemahan-kelemahan yang perlu diatasi dengan segera.
❑ Contoh:
Pelajaran Sejarah Menengah Atas adalah merupakan kesinambungan daripada pembelajaran di peringkat Menengah
Rendah. Hal ini bermakna segala maklumat atau fakta Sejarah pada peringkat menengah rendah merupakan asas yang
menghubungkaitkannya dengan perkembangan Sejarah yang lain.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

