Page 182 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 182
PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN
MELAKUKAN REFLEKSI
❑ Selepas tindakan dirancang dan dilaksanakan, aktiviti penilaian dan refleksi mesti dijalankan. Penilaian dan refleksi boleh
dijalankan oleh anda sendiri sebagai pengkaji, atau bersama pihak lain seperti rakan anda melalui perbincangan. Satu
proses yang penting dalam tahap ini adalah refleksi yang melibatkan analisis, sintesis, interpretasi, menjelas dan
membuat kesimpulan.
❑ Refleksi merupakan proses merenung, menganalisis masalah, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk
memperbaiki diri (Hanipah, 2000). Brookfield (1995) pula menjelaskan proses refleksi melibatkan seseorang itu aktif
mengimbas kembali segala permasalahan yang dihadapi dan berusaha mempertimbangkan segala kemungkinan yang
akan berlaku serta bertungkus lumus mencari jalan bagi menyelesaikan segala permasalahan tersebut (dalam Nor
Hasniza, 2005, ms. 13). Dengan perkataan lain, refleksi merupakan tindakan yang bertujuan dan berhati-hati melalui
penilaian secara kritikal yang melibatkan pengujian strategi seseorang untuk memberi respons kepada sesuatu situasi
atau tindakan.
❑ Membuat refleksi bermaksud melihat sama ada terdapat perubahan dan adakah perubahan disokong oleh maklumat dan
data yang digunakan dan diperolehi selepas melaksanakan tindakan. Oleh itu, guru perlu mengkaji dan meneliti perkara-
perkara berikut dengan menjawab soalan-soalan berikut secara jujur:
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

