Page 45 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 45
PENENTUAN OBJEKTIF / HASIL PEMBELAJARAN
3 Objektif pembelajaran / hasil pembelajaran merupakan satu penyataan dalam rancangan pengajaran yang menyatakan
apakah guru ingin murid capai semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Objektif am merujuk kepada pencapaian murid secara umum manakala objektif khas merujuk kepada pencapaian isi
pelajaran dan kemahiran dalam tempoh satu-satu waktu pengajaran.
Objektif pembelajaran boleh dibahagikan kepada tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan peribadi atau profesional.
Pengetahuan merujuk kepada isi kandungan sesuatu tajuk atau topik yang dipelajari. Kemahiran pula melibatkan
kemahiran-kemahiran asas yang menyokong pembelajaran seperti kemahiran menulis, membaca, mencari maklumat dan
sebagainya. Objektif peribadi / profesional merujuk kepada pencapaian keyakinan diri untuk mengaplikasi pengetahuan dan
kemahiran berkaitan termasuk interpersonal, membuat keputusan dan bekerjasama.
Lazimnya penulisan objektif akan dimulakan dengan “Murid akan dapat ……..”. Sebuah objektif akan dinilai baik
sekiranya murid dapat menunjukkan pencapaian isi pelajaran dan kemahiran secara eksplisit atau boleh dilihat. Penulisan
objektif eksplisit yang baik perlu mempunyai lima elemen yang mudah diingat ; SMART.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

