Page 54 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 54

PENENTUAN STRATEGI PENGAJARAN







       4          Penentuan strategi dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah bertujuan untuk membina laluan yang mudah dan menarik bagi
                  memudahkan pemahaman dan seterusnya membolehkan penguasaan sesuatu pengetahuan dan kemahiran secara berkesan.






                  Strategi mampu membina dan mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran serta membimbing mereka untuk menerima pelajaran
                  melalui satu proses yang teratur.



                  Pemilihan strategi-strategi yang sesuai dan tepat, merangsangkan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai kegiatan
                  pembelajaran bilik darjah.



                  Dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan murid berbeza-beza dari segi kebolehan, keupayaan, minat
                  dan bakat dan kecenderungan.



                  Guru harus dapat memilih dengan baik pendekatan, strategi, kaedah dan teknik-teknik yang sesuai dengan perkembangan diri dan
                  kebolehan murid-murid. Usaha ini pasti dapat menjadikan pembelajaran lebih bermakna, berkesan dan menarik minat murid untuk belajar.






                  Strategi pemusatan guru, strategi pemusatan murid dan strategi pemusatan bahan.






                                                     NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59