Page 72 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 72
KEMAHIRAN MEMULAKAN PENGAJARAN
1 SET INDUKSI
Set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di mana tujuan utama
mengadakannya adalah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat memusatkan
perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan. Dalam hal ini, guru perlu merancang set induksi supaya ia ada
perkaitannya dengan perkara atau pelajaran yang akan dipelajari selepas itu.
TUJUAN MEMULAKAN PENGAJARAN ADALAH UNTUK :
1 Menarik perhatian pelajar terhadap apa yang ingin disampaikan.
2 Membantu pelajar bersedia dari sudut kognitif dan afektif.
3 Memperkenalkan hasil pembelajaran (learning objective).
4 Membina aliran pemikiran pelajar.
5 Memahami pengetahuan sedia ada dan miskonsepsi pelajar (cungkil idea).
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

