Page 60 - e-Buletin FSK Edisi November Bil. 01 / 2021
P. 60

Percubaan Bunuh Diri dalam Kalangan Pelajar

                                di Era Pandemik Covid-19






                  Isu membunuh diri dalam kalangan masyarakat Malaysia susulan pandemik Covid-19 sejak
               akhir-akhir ini semakin membimbangkan sebagaimana dilaporkan oleh akhbar-akhbar arus
               perdana.  Menurut  Ketua  Pengarah  Kesihatan Malaysia,  Tan  Sri  Dr Noor  Hisham  Abdullah
               baru-baru ini, Malaysia merekodkan 468 kes bunuh diri dalam tempoh Januari hingga Mei
               tahun  ini,  berbanding  631  kes  sepanjang tahun  lepas.  Dalam  tempoh tiga  bulan  pertama
               tahun ini, sebanyak 336 kes bunuh diri dilaporkan oleh pihak polis, atau secara purata kira-
               kira empat kes bunuh diri dilaporkan berlaku setiap hari dalam tempoh berkenaan. [Utusan
               Borneo Online, 27 Julai 2021, Rencana: Covid-19 dan impaknya terhadap kesihatan mental
               di Malaysia].
                  Berdasarkan kepada statistik tersebut, isu ini wajar diketengahkan supaya semua pihak
               dapat  membuka  mata  tentang  keseriusannya  dan  seterusnya  mencari  jalan  penyelesaian
               yang  tuntas.  Apatah  lagi  tidak  ada  tanda-tanda  penularan  pandemik  tersebut  akan  reda
               dalam  masa  terdekat  sedangkan  sebahagian  besar  rakyat  kini  semakin  lesu  upaya  untuk
               terus  mendepani  cabaran  yang  dibawa  COVID-19  sejak  awal  tahun  lepas,  khususnya
               membabitkan kelangsungan hidup mereka.
                  Jika  dilihat  secara  lebih  khusus,  golongan  pelajar  juga  adalah  berisiko  untuk  terjebak
               dengan isu ini jika tiada perhatian khusus. Hal ini kerana mereka perlu menjalani sesi PdP
               secara  atas  talian  yang  secara  langsung  mengubah  keseluruhan  kaedah  pengajian  yang
               dilalui  selama  ini  dari  sudut  kaedah  pengajaran  guru,  suasana  kelas,  platform,  tugasan,
               peperiksaan dan lain-lain.
                  Sebahagian  daripada  mereka  tidak  dapat  menyeseuaikan  diri  dengan  norma  baru
               disebabkan cabaran dan kekangan secara langsung dan tidak langsung yang terpaksa dilalui.
               Akibatnya,  mereka  mengalami  tekanan  perasaan  yang  melampau  dan  memudaratkan
               hinggakan segelintir mereka mengambil jalan yang tidak sepatutnya dengan menamatkan
               riwayat masing-masing.

                  Justeru,  edisi  khas  kali  ini  membawakan  para  pembaca  menyelusuri  realiti  sebenar  isu
               percubaan bunuh diri yang berlaku dalam kalangan pelajar melalui maklumat dan data yang
               diperoleh menerusi wawancara yang dijalankan terhadap seorang kaunselor bertauliah yang
               berpengalaman luas di sekolah. Berikut adalah wawancara yang dijalankan bersama Tuan
               Haji Hushim bin Haji Salleh seorang kaunselor profesional yang berpengalaman






                                                                                                            39
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65