Page 62 - e-Buletin FSK Edisi November Bil. 01 / 2021
P. 62

keibubapaan. Sebab klien saya ni macam-macam, goktor pakar, ustaz, tok imam, macam-macam bawa
               anak dia tau. Jadi kita tengok orang tu orang yang berilmu tetapi bila ilmu keibubapaan tak ada, macam
               mana kita nak katakan nak komunikasi dengan anak remaja. Dia anak-anak ni lain tau masa awal
               kanak-kanak  lain,  kanak-kanak  lain.  Umur  1-7  tahun  itu  dipanggil  zaman  awal  kanak-kanak,  jadi
               senang. Bila malam kata “ok mama ambil handphone, tidur”. Meraka dengar cakap. Umur 8-12 tahun,
               “ni mama ambil handphone,” walaupun memberontak, tapi bagi juga. Ok. Yang banyak memberontak,
               yang melawan bila umur 13,14,15,16,17 tahun. Saya bagitahu ni bukan sahaja yang nak bunuh diri,
               Ramai sekarang yang lari dari rumah. Perempuan lawa-lawa, cantik-catik, comel-comel tu lari. Kalau
               lari duduk mana? Duduk kondo. Mana nak cari. Kemudian duduk kat sana ha dia mula lah buat projek.
               Macam-macam projek dia buat. Budak lawa-lawa, cantik-cantik. Ha sebab itu saya nak bagitahu, kalau
               parent tahu, semua parent nak datang buat sesi kaunseling iaitu Family Therapy. Family Therapy is
               very important dalam keadaan sekarang. Yang mana anak-anak ini mereka dalam keadaan stres tau,
               dan saya risau dalam keadaan PKP ni ya. Memang ada dua pendapat. Nak buka sekolah takut, takut
               kena  Covid.  Tetapi kalau tak  buka,  saya cakap  terus  terang  sebagai  kaunselor,  kalau  Menteri  nak
               dengar lagi bagus. Kalau tak buka, budak-budak ni dah stress tau, dah lama tak pergi sekolah. Dan
               mereka akan beri kesan kepada iaitu dia punya pemikiran, tingkah-laku, dan dia boleh pergi kita kata
               nanti dah ada perasaan malas nak belajar, tak nak belajar dan kemungkinan juga kemurungan sebab
               remaja biasanya aktif bersosial. Tapi hari ini mereka aktif bersosial dalam media sosial, tak sama ya.
               Budak-budak biasalah kalau kat sekolah tu cucuk perut kawan, lari-lari, pastu pergi kantin gelak-gelak.
               Pastu masa PJ masa tu kan. Jadi bila tak ada ini semua, kita kata bisikan-bisikan tu banyak Suruh mati,
               mati, mati ya. Jadi dekat sini saya nampak, ibu bapa perlu sangat lah mempelajari ilmu keibubapaan
               ini. Sangat-sangat perlu terutama dalam keadaan pandamik bagaimana untuk berdepan dengan anak-
               anak remaja yang kita kata terkongkong ni, terkongkong emosi, mental, sosial, psikologi dan juga
               fizikal. Itu penting.




               BK         5   Di sini saya nampak Tuan Haji melihat dalam era pandemik ini kita banyak berada di
               rumah dalam tempoh dari tahun lepas sehingga tahun ini. Tuan Haji memperlihatkan dalam konteks
               institusi keluarga yang boleh meningkatkan lagi faktor membunuh diri dalam kalangan remaja. Apakah
               cara atau apakah pendekatan, kita panggil pencegahan awal selain daripada kita kata meningkatkan
               kemahiran keibubapaan, dalam konteks keluarga ni, pada pandangan Tuan Haji apa lagi pencegahan
               awal yang boleh kita lakukan untuk membendung isu ini?


               HH         6   Sebenarnya  saya  banyak  dijemput  oleh  PIBG-PIBG  sekolah  dan  PPD.  Saya  buat
               webinar tajuknya adalah Pendidikan Keibubapaan Semasa Pandamik. Jadinya dalam 2 jam, parent
               akan tahu, ilmu yang saya bagi tu terutama sekali masa tau, ibu bapa perlu uruskan masa untuk
               bekerja. Kalau ibu pula kena bangun 4.30 pagi untuk masak. Besok pagi anak-anak tu dia, masa satu
               lagi nak bagitahu bila dalam keadaan pandemik ni, budak-budak ni lapar je kerjanya, lapar, lapar, lapar.
               Dan ilmu yang kedua ilmu komunikasi. Komunikasi keibubapaan tau. Biasanya anak dan awal-awal
               remaja ni, mak bapa dah kurang bercakap. Kurang bercakap tau. Banyak bergaduh, banyak, kata orang
               tu mengarah tau, jadi komunikasi mengarah tak sesuai. Dia lebih ke arah komunikasi mendidik dan
               juga mendengar (good listener) tau. Jadi Kemahiran-kemahiran yang bagaimana kata orang tu yang




                                                                                                              41
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67