Page 61 - e-Buletin FSK Edisi November Bil. 01 / 2021
P. 61

BK         1   Jika dilihat statistik bunuh diri ini, daripada awal tahun ini setakat Julai menunjukkan
               peningkatan 140% dimana menunjukkan terdapatnya peningkatan. Jika dilihat juga dalam konteks
               negara kita sendiri, dari Akta Seksyen 309 Kanun Keseksaan dan menyabitkan cubaan bunuh diri salah
               satu kesalahan jenayah,itu antara benda-benda yang kita perlu lihat semula. Pihak KKM juga memberi
               maklum balas berkaitan dengan mewujudkan Pegawai Psikologi kaunseling diperingkat daerah, klinik
               dan  hospital  sebagai  perkhidmatan  kesihatan  mental,  pencegahan  keganasan,  kecederaan  dan
               sebagainya.  Pada  pendapat  Tuan  Haji  Hushim,  dalam  kalangan  pelajar  sendiri,  sejauh  mana  isu
               percubaan bunuh diri ini berlaku? Adakah isu ini sebagai isu yang kritikal terutama dalam konteks
               pandemik Covid-19?


               HH         2   Ok Terima kasih. Saya bercakap berdasarkan kes-kes kaunseling di klinik saya yang
               saya kendalikan. Saya mulakan dulu kesan pandemik ini kepada remaja, terutama sekali dari segi
               emosi dan mental. Apabila saya buat kaunseling, kebanyakan remaja-remaja yang hadir ini mereka
               mempunyai banyak faktor yang menyumbang kepada kesan kesihatan emosi dan mental itu. Contoh
               yang pertama sekali, bila mana anak-anak ini belajar dari rumah, kesannya dari segi emosi dan kesan
               sosial sebab biasa budak-budak ini ke sekolah dan mereka boleh bersosial, berkawan dengan kawan-
               kawan, kalau dia ada stress atau tekanan dalam keluarga ke, ataupun dari segi kita kata tekanan-
               tekanan emosi sosial, budak-budak ini dia boleh kongsi dengan kawan-kawan. Bila pandemik, mereka
               terkongkong dan duduk dalam rumah. Masa itu juga ibu bapa juga stress. Ibu bawa work from home
               dan  ibu  bapa  juga  stres.  Bila  ibu  bapa  stres,  dan  tengok  juga  kepada  cara  gaya  pendidikan
               keibubapaan. Kalau cara pendidikan keibubapaan lebih kepada mesra anak-anak, ada komunikasi,
               pendengar yang baik dan banyak membantu (support system), maka disitu dapat mengurangkan dari
               segi tekanan emosi dan juga mental. Tapi yang saya nak sebutkan di sini apabila ibu bapa sendiri yang
               stres dan itu sendiri akan memberikan tekanan kepada anak-anak ini. Hal ini yang ramai jumpa saya.
               Bila jumpa tu, kebanyakkan yang stress tu adalah dengan ibu bapa. Contoh bila dah duduk di rumah,
               mereka akan rasa dia punya sosial kalau dulu balik sekolah petang-petang boleh jogging, berlari-lari,
               main di padang. Sekarang tidak ada. Duduk dalam rumah je 24 jam. Ini memberi kesan kepada emosi
               dan kepada remaja-remaja biasanya ibu bapa akan banyak expectation, tengok expectation ibu bapa
               juga. Contoh “kenapa tidak masuk kelas PDPR? Kenapa tak masuk kelas? Abang kan dah besar, takkan
               mama nak ingatkan?” Ha dia stress dekat situ tau. Lepas tu soal gajet. Ini pun memberi kesan sebab
               apa, kalau yang remaja perempuan, dia ada kawan-kawan dia, ada Instagram ada FB, benda ini yang
               mereka boleh layan sehingga pukul 2 hingga 3 pagi. Bila saya tanya kenapa, habis nak cakap dengan
               mama dan daddy mereka tak layan. Jadi kawan la. Jadi mereka tidur lambat, banyak yang tidur lambat.
               Pukul 3 pagi pukul 4 pagi baru tidur. Yang lelaki pula main PUBG.Yang perempuan layan ‘Korea’. Jadi
               dekat sini, bila ibu bapa tahu hal ini, dan akan berlaku konflik. Di sini la maka akan beri tekanan kepada
               remaja-remaja ini dan juga ada kes-kes yang cakap pada saya “baik mati lagi bagus”.


               BK         3   Berapakah lingkungan umur tersebut jika Tuan Haji Hushim boleh nyatakan?


               HH         4   Biasa dalam umur 16, 17, 15 ya.14, remaja la. Kebanyakkan remaja. Sebab dia remaja
               ini, di sini la minta maaf cakap ya. Sebenarnya di Malaysia, rakyat Malaysia, ramai yang tidak ada ilmu





      40
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66