Page 63 - e-Buletin FSK Edisi November Bil. 01 / 2021
P. 63

memikat hati anak dalam keadaan macam ini. Expectation parent tu jangan tinggi sangat pada masa
               ini. Sebab apa tau kita tak nak budak-budak ini stress. Dalam keadaan kita kata pandemik, kadang-
               kadang budak-budak ni stress bukan apa, kerja sekolah banyak, lepas tu kat rumah pula mak bapa
               pulak kata “ha ni kakak, kakak dah Form 3, tolong tengok adik punya PDPR”, “kakak lipat kain”, Kadang-
               kadang tu mak tu meeting sampai 3 meeting, ayah pun meeting. Jadi suasana tu stres. Jadi dekat sini
               ibu bapa perlu ada ilmu keibubapaan. Selain daripada itu, ibu bapa perlu ada checklist apa nak buat.
               Besok apa nak buat. Maka di sini ibu bapa perlu ada perbincangan dengan anak dari masa ke semasa.
               Yang ni yang susah ni. Sebab minta maaflah, kadang mak bapak sibuk, yang kedua mak bapak ada dia
               punya disiplin kendiri dia. Bila masuk alam remaja, dia serah bulat-bulat pada anak tu tau. “kakak kan
               dah  pandai,  dah  besar,  ha  buat  sendiri”  tapi  budak-budak  ni,  dia  masih  lagi  nak  ada  bimbingan.
               Bimbingan  daripada  ibu  bapa  kan.  Ibu  bapa  juga  kena  ada  ilmu  kalbu.  Ilmu  kalbu  nak  mengelak
               daripada bunuh diri ni. Minta maaf Dr. ya, ramai jumpa saya duduk atas kerusi “Atuk, I’m free thinker”,
               duduk lagi “Atuk, I’m liberal”, “Atuk, tuhan dah tak ada, saya dah minta tolong dengan tuhan, tuhan
               tak dengar pun, baik mati”. Nampak, so parent ya lah minta maaf la, kadang-kadang ayah ni kat rumah
               perlu jadi imam sebenarnya, solat berjemaah, jadi imam, lepas solat berjemaah, doa, lepas tu baca al-
               quran, tadabur quran. Minta maaf cakap ya, hari ni ramai remaja tak ada bimbingan daripada mak
               bapa dan sebab itu budak-budak ni jadi free thinker. Perkataan nak mati senang-senang sahaja la, dan
               banyak budak-budak ni belajar dekat sini, dalam ni (handphone). Sebab itu, kalau kata pendidikan
               pencegahan  yang  perlu  untuk  ini  saya  cadangkan  untuk  banyakkan  program-program  pendidikan
               keibubapaan. The Parenting Skill ya kepada ibu bapa. Saya biasanya akan rujuk buku saya ni ha. Saya
               ada buku. Saya ada 10 kemahiran macam mana nak didik anak supaya anak kita tu walaupun dalam
               keadaan pandemik macam ni dia ada hala tuju, ada hala tuju kalbu, the life balance tu ada kat situ.
               The life balance tu dia ada tau. Jangan tak ada. Ha itu saya minta, Pendidikan keibubapaan itu untuk
               pencegahan.


               BK         7   Dekat sini Tuan Haji hightlight lagi sekali kepentingan peranan keibubapaan dalam
               konteks  keluarga  bermula  daripada  peringkat  awal  lagi.  Iaitu  hubungan  komunikasi  kita  daripada
               peringkat kanak-kanak sehingga remaja. Hubungan rapat tu adalah penting di mana ibu bapa sendiri
               perlu meningkatkan kemahiran keibubapaan, adakah Tuan Haji melihatkan perkara keibubapaan ini
               perlu diterapkan dalam konteks kursus pra-perkahwinan?


               HH         8   Oh sebenarnya, untuk pengetahuan Dr. dan semua, saya dah pun buat proposal ni
               lebih kurang 15 tahun yang lalu. Saya dah tulis buku ni Psikologi Perkahwinan. Saya ada modul dia,
               dah siap dah. Kita sekarang kursusnya hanya pra-perkahwinan dua hari. Kita tidak ada kursus pasca
               perkahwinan. Selepas kahwin sebab apa sebelum kahwin ok, selepas kahwin dah dapat anak dia dah
               bagi  kita  tanggungjawab  yang  baharu.  Jadi  katakan,  minta  maaf  la  jadi  katakan  you  belajar  ilmu
               medical, you tidak pernah belajar ilmu parenting skill, saya dulu lecturer di Universiti Malaya, saya
               mengajar paper tu, sebab tu saya buat buku. 3 jam credit hours saya ajar dekat Universiti Malaya dulu.
               Jadi, parent amik ekonomi, amik ekonomi, accounting misalnya tidak pernah belajar parenting skill.
               Minta maaf cakap, bila dapat anak, kerjaya memang bagus, minta maaf la. Yang datang jumpa saya ni
               tak banyak la. Ada gaji RM150,000, RM100,000, ada yang billionare, ada yang jutawan. Tetapi gagal



    42
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68