Page 93 - e-Buletin FSK Edisi November Bil. 01 / 2021
P. 93
RUANGAN
ALUMNI
Kesihatan Mental Guru Dalam Era Pandemik Covid-19
Cik Barathi Santhasaran
Alumni Moral 2012
Sekolah Menengah Shan Tao, Kota
Kinabalu, Sabah.
Sejarah Baharu tercipta apabila dunia kita mendepani dengan satu era baru dipanggil era
pandemik Covid 19. Generasi yang tidak lahir pada waktu perang dunia pertama dan kedua
yang menyebabkan kematian berjuta-juta manusia, kini menjadi saksi pengorbanan manusia di
muka bumi walaupun telah mempunyai kejayaan tinggi dalam sains, teknologi dan perubatan
dari dahulu, tetapi hakikatnya kita perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu ini agar dapat
meneruskan kehidupan kita seperti biasa. Adakah kita bersedia menghadapi dari segi emosi
dan psikologi bagi mengadaptasi era yang penuh cabaran ini? Tahap kemurungan,
kebimbangan dan tekanan yang tinggi boleh membawa seseorang kearah kemerosotan
kesihatan mental.
Sebagai seorang pendidik adakah kita mula mengadaptasikan diri kita dengan norma
baharu ini? Adakah guru bersedia mengajar anak murid mereka dari rumah atas talian? Adakah
guru-guru bersedia dari segi mental dan emosi untuk mencurahkan ilmu kepada anak-anak
murid ketika ini? Jawapannya, kita perlu akui bahawa sebagai seorang guru kita harus
mengharungi segala cabaran demi mendidik anak-anak murid kita. Ini adalah pedoman yang
telah saya perloleh daripada pensyarah-pensyarah Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti
Pendidikan Sultan Idris ketika saya menuntut sebagai seorang pelajar siswazah disini.
69

