Page 95 - e-Buletin FSK Edisi November Bil. 01 / 2021
P. 95

RUANGAN


                       ALUMNI



               (pdpr)  ini  dapat  dilaksanakan  dengan  lebih  berkesan.  Pertama  guru  perlu  bersedia  dengan
               pengurusan masa yang lebih teratur sebab persediaan PDPR memerlukan lebih banyak masa
               berbanding PDP biasa. Norma baharu ini tidak dapat dicapai tanpa pengurusan masa yang
               efesien dari semua pihak. Selain itu, guru juga sanggup dan sentiasa bersedia membelajari ilmu
               baharu dalam bidang teknologi tanpa mengira umur atau pengalaman dahulu. Hal ini kerana
               hanya satu-satunya tempat bertemu dengan murid- murid kita adalah melalui teknologi dan ia
               kini  menjadi kewajiban. Mengahadiri bengkel, membelajari melalui laman web, blog tentang
               pengajaran dan pembelajaran atas talian yang berkesan dapat membantu guru mendapat banyak
               idea  untuk  meneruskan  kelas  pdpdr  mereka  dengan  lebih  menarik  .Sekolah  juga  harus
               mengadakan program penambahbaikan PDPR dari semasa ke semasa agar guru-guru mendapat
               ilmu baharu untuk PDPR



                      Pengurusan kesihatan mental seseorang memerlukan kestabilan emosi yang kesimbang.
               Dalam era  Pendemik ini  kita tidak dapat  keluar  dari rumah dan terpaksa berkurung untuk
               kebaikan semua. Bagi mengelakkan kebosanan kita sebagai guru perlu menjaga kesihatan diri
               kita dengan melakukan senaman ringan ataupun yoga di dalam rumah agar badan kita cergas
               dan sihat. Ia secara langsung dapat mengawal kestabilan mental kita. Selain itu, guru juga perlu
               meluangkan masa dengan ahli keluarga dengan aktiviti seperti memasak dan menonton wayang
               walaupun sibuk dengan kerja-kerja sekolah. Ia dapat memberikan kita masa untuk bertenang
               dan memberikan fokus kepada aktivit lain selain tugas-tugas harian sekolah. Selain itu, sebagai
               guru kita juga boleh berkongsi masalah dan tekanan dengan rakan kerja ataupun guru kauseling
               sekolah.  Perbuatan  ini  dapat  memberikan  perasaan  lega,  pada  masa  sama    kita  juga  dapat
               menyelesaikan sesuatu masalah dengan mengambil kira pandangan orang lain.


                      Sebagai pendidik kesihatan mental merupakan elemen utama dalam menentukan
               kecemerlangan kerjaya kita. Kita sebagai guru harus mengambil serius terhadap perkara ini
               kerana masalah ini bukan sahaja mengancam diri kita malah murid-murid turut menjadi
               mangsa dalam fenomena ini. Oleh itu sama-sama kita menyahut cabaran norma bahru ini
               untuk melahirkan masyarakat yang berilmu pada masa yang sama menjaga kesihatan kita
               dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

















      71
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100