Page 13 - pengurusan hem
P. 13
PANDUAN PENGURUSAN
SK. PIANGGU 2020
❖ Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar atau mana-mana
Penolong Kanan.
❖ Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di mana-
mana hospital atau klinik kerajaan.
5.4 MURID SAKIT
❖ Guru Kelas mestilah prihatin jika ada dalam kalangan murid kelasnya yang sakit atau
kurang sihat pada hari tersebut.
❖ Jika murid berkenaan ingin meminta izin untuk pulang, Guru mata pelajaran atau
Guru Kelas boleh menghubungi ibu bapa / penjaga berkenaan untuk menjemputnya
di sekolah.
❖ Guru mata pelajaran atau Guru Kelas tidak boleh membenarkan murid berkenaan
pulang sendiri ke rumah walaupun rumahnya berhampiran dengan sekolah.
❖ Jika keadaan kesihatan murid serius atau berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan,
Guru Kelas mestilah menghubungi ibu bapa / penjaga dan menghantar murid
berkenaan ke klinik atau hospital terdekat sama ada menggunakan kenderaan sendiri,
kenderan sekolah atau menghubungi ambulans.
❖ Guru bertugas harian mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan pulang
dalam Buku Laporan Bertugas Harian.
5.5 KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH
❖ Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga kebersihan
diri, kelas, tandas, bilik-bilik khas, bangunan dan kawasan sekolah.
❖ Guru Kelas mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya supaya menjaga
kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing.
❖ Guru Kelas bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas mereka agar
kelihatan kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi memudah dan membantu dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
❖ Guru kelas dibantu oleh Ketua Kelas bertanggungjawab memastikan kelas
dibersihkan setiap hari iaitu sebelum pukul 7.40 pagi waktu persekolahan.
❖ Guru yang masuk mengajar masa pertama bertanggungjawab memastikan kelas dalam
keadaan bersih sebelum memulakan Pembelajaran dan Pengajaran.
❖ Murid-murid dikehendaki menyusun kerusi dan meja masing-masing dengan kemas
sebelum meninggalkan kelas pada waktu akhir persekolahan.

