Page 10 - pengurusan hem
P. 10

PANDUAN  PENGURUSAN
               SK. PIANGGU 2020

               4.2 KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

                    ❖ Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) mestilah memberikan tumpuan kepada
                       empat fokus utama iaitu:


                   ➢  Pembangunan sahsiah diri murid

                   ➢  Peningkatan disiplin diri murid

                   ➢  Pendidikan kerjaya murid

                   ➢  Psikososial dan kesejahteraan mental murid

                    ❖ Unit Bimbingan dan Kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi
                       memelihara hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya
                       boleh didedahkan kepada pihak yang berkenaan sahaja.


                    ❖ GBK boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan saranan sama
                       ada secara individu atau kelompok.

                    ❖ GBK mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat kaunseling kepada murid yang
                       telah diberi surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Laporan sesi kaunseling
                       perlu disediakan.

                    ❖ Guru Disiplin mahupun Guru Kelas boleh merujuk kepada GBK tentang murid yang
                       memerlukan bantuan kaunseling ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin.

                    ❖ GBK bertanggungjawab dalam Pengurusan dan Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik
                       (PPsi) serta pelaksanaan Ujian Aptitud Am.

               4.3 DASAR KEBAIKAN MURID


                   ❖  Guru Kelas hendaklah mengenalpasti maklumat berdasarkan BMM/APDM:

                           ➢  Bilangan anak yatim di dalam kelas

                           ➢  Bilangan murid yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah


                           ➢  Bilangan murid OKU

                    ❖ Guru kelas hendaklah menguruskan hal-hal berkaitan bantuan yang boleh dipohon
                       oleh murid-murid berkenaan dan Guru Data merekodkan murid yang berjaya
                       menerima bantuan ke dalam APDM seperti:

                           ➢  Kumpulan Wang Amanah Murid Miskin (KWAMP)  Kadar baharu
                              kelayakan pendapatan untuk memohon KWAPM DSA bagi tahun 2019 ialah
                              jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM980 atau per kapita tidak
                              melebihi RM240.
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15