Page 12 - pengurusan hem
P. 12
PANDUAN PENGURUSAN
SK. PIANGGU 2020
yang akan ditanggung oleh mereka sekiranya berlaku apa-apa bencana, malapetaka
dan tragedi kemalangan ke atas diri.
❖ Guru Kelas hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada di kalangan
muridnya yang mendapat kemalangan / kematian atau bencana alam keluarganya.
❖ Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan dan menyerahkan derma kepada murid
berkenaan sekiranya berlaku kematian / bencana seperti kematian saudara terdekat
(ibubapa) atau diri sendiri.
5.0 DASAR KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
5.1 REKOD KESIHATAN MURID
❖ Guru Kelas mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod
Kesihatan.
❖ Guru Kelas perlu melengkapkan ruang yang tertentu dalam Buku Rekod Kesihatan.
❖ Guru Kelas mestilah memastikan buku ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga murid
untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan terhadap anak / anak
jagaannya.
❖ Buku Rekod Kesihatan ini selalunya diperolehi sewaktu murid berada di sekolah
rendah lagi. Ia akan dibawa dan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke sekolah
menengah.
❖ Jika Guru Kelas mendapati muridnya tidak mempunyai atau kehilangan buku
tersebut, murid boleh mendapatkanya daripada PK HEM.
❖ Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini diperlukan
apabila pemeriksaan fizikal ataupun semasa suntikan diberikan kepada murid Tahun
1 dan Tahun 6 oleh pegawai kesihatan.
❖ Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah.
5.2 KAD PERGIGIAN MURID
❖ Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun.
❖ Guru Kelas mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga murid
untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi terhadap anak /
anak jagaannya.
❖ Kad ini hendaklah diserahkan kepada Jururawat Pergigian Sekolah yang berkenaan
dan pemeriksaan akan dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan.
5.3 SURAT RAWATAN MURID
❖ Murid boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah.

