Page 11 - pengurusan hem
P. 11

PANDUAN  PENGURUSAN
               SK. PIANGGU 2020

                           ➢  Rancangan Makanan Tambahan (RMT)  Untuk tempoh maksimum 190 hari
                              dengan kadar RM2.50 seorang sehari. Waktu makan untuk program ini ialah
                              pada waktu rehat hari persekolahan.  Kadar baharu kelayakan pendapatan
                              bagi sekolah rendah di Negeri Semenanjung Malaysia ialah jumlah
                              pendapatan isi rumah tidak melebihi RM600 atau per kapita tidak melebihi
                              RM150.


                           ➢  Program Vitamin 1 Malaysia  Murid yang layak menerima multivitamin dan
                              mineral ialah pelajar warganegara Malaysia dari darjah 1 hingga darjah 6
                              yang bersekolah di semua sekolah kerajaan dam sekolah bantuan kerajaan
                              yang menerima bantuan RMT  Terdapat 3 kriteria di mana pelajar tidak
                              boleh diberi multivitamin dan mineral, iaitu :

                                     Pelajar yang disahkan menghidapi penyakit talasemia oleh doktor dan
                                      sedang mendapat rawatan transfusi darah secara berkala.

                                     Pelajar yang sedang diberi vitamin dan mineral di rumah secara rutin.

                                     Pelajar yang sedang menerima rawatan yang diberi multivitamin di
                                      klinik atau hospital.


                                  ✓  Pelaksanaan

                                  ✓  Diberi 3 biji tablet seorang seminggu pada hari persekolahan bersama
                                      dengan RMT.

                                  ✓  Kebenaran pemberian multivitamin dan mineral oleh ibu bapa /
                                      penjaga

                                  ✓  Sebelum pemberian multivitamin dan mineral dilaksanakan, setiap
                                      pelajar mesti mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa / penjaga
                                      masing-masing. Oleh itu, pihak sekolah / guru kelas hendaklah :

                                       i. mengedarkan Borang Kebenaran Pemberian Multivitamin dan
                                      Mineral kepada ibu bapa / penjaga


                                     ii. memastikan semua borang dikembalikan dan semua soalan telah
                                     dijawab

                                     iii. memastikan ibu bapa / penjaga menandatangan bahagian memberi
                                     kebenaran, sebelum multivitamin dan mineral diberi kepada pelajar

                    ❖ Program Susu 1 Malaysia  Setiap pelajar akan menerima 2 kotak susu (200ml)
                       berperisa coklat, sebanyak 2 kali seminggu.


                    ❖ Skim Takaful Pelajar Malaysia  Skim takaful Pelajar Malaysia untuk para pelajar
                       sekolah adalah bertujuan menyediakan perlindungan dalam bentuk manfaat
                       kewangan kepada pelajar dan keluarga mereka bagi meringankan beban kewangan
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16