Page 2 - pengurusan hem
P. 2
PANDUAN PENGURUSAN
SK. PIANGGU 2020
DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM)
1.0 PENGENALAN
Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah antara aspek utama untuk membantu pengurusan
sekolah. Ini bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan Hal Ehwal Murid boleh
membantu untuk menghasilkan sekolah berkesan serta boleh mencapai visi dan misi sekolah
ke arah kegemilangan.
Dengan adanya permintaan dan harapan yang tinggi dalam kalangan murid dan masyarakat
seluruhnya terhadap kemampuan sekolah, pentadbir sekolah seharusnya memainkan peranan
yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Pentadbir
sekolah mesti berupaya menjadi penggerak dan penggalak perubahan untuk mempengaruhi
ahli-ahli dalam sekolah menuju ke arah kecemerlangan.
Untuk membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek
sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukanlah satu perkara
yang mudah. Di peringkat sekolah ia berkehendakkan satu perancangan yang lebih
berstruktur dan strategik untuk memastikan sesebuah sekolah itu memenuhi ciri-ciri
institusi yang berjaya dalam bidang akademik dan bukan akademik.
2.0 DASAR PENGURUSAN KELAS
2.1 Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM)
a) Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama persekolahan
(Januari).
b) Menandakan BJKM pada setiap hari persekolahan sebelum pukul 7.30 pagi. Sila ambil
perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah. Murid yang datang
lewat dikira sebagai hadir. Bagaimanapun, sekolah perlu menyediakan rekod nama, kelas,
masa tiba dan sebab kelewatan untuk tujuan nasihat dan tindakan penambahbaikan.
c) BJKM hendaklah ditandakan seperti simbol-simbol berikut:
BIL Simbol Maksud
1 / Murid yang hadir
2 0 Murid yang tidak hadir tanpa sebab
3 Tidak hadir kerana sakit (dengan dokumen sokongan)
4 Bercuti (dengan dokumen sokongan)
5 Murid lewat ke sekolah dan dikira hadir
d) Guru Kelas bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan, kekemasan dan keselamatan
Buku Jadual Kedatangan. Cecair pemadam tidak boleh digunakan. Segala kesilapan
hendaklah dipotong dan ditandatangani ringkas.
e) Semua BJKM hendaklah sentiasa berada di bilik guru untuk memudahkan Guru Kelas
merekodkan data kehadiran murid dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).

