Page 5 - pengurusan hem
P. 5

PANDUAN  PENGURUSAN
               SK. PIANGGU 2020

                    •  Misi & Visi Sekolah, Moto Sekolah, Etika Kelas, Sudut Mata Pelajaran, artikel
                       berinformasi & isu semasa hendaklah ditampal pada papan kenyataan kelas.

                    •  Alatan pembersihan seperti penyapu, pemadam papan hitam, penyeduk sampah, tong
                       sampah, baldi dan sebagainya hendaklah disediakan dan disimpan di tempat yang
                       sesuai.


                    •  Pelan laluan kecemasan semasa kebakaran hendaklah dipamerkan.

                    •  Sudut Bahan Bacaan / Sudut Nilam / Sudut PPDa hendaklah disediakan di tempat
                       yang bersesuaian.

               c)      Guru Kelas dengan dibantu oleh Ketua Kelas hendaklah memastikan semua kerusi
               dan meja mencukupi. Perabot yang telah rosak hendaklah diganti dan dibawa turun untuk
               disimpan di dalam stor peralatan sekolah.


               d)       Kebersihan kelas:

                    •  AJK Kebersihan hendaklah memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan.

                    •  Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas sentiasa
                       bersih dan teratur sebelum mula mengajar.


                    •  AJK Kebersihan Kelas hendaklah memastikan sampah di dalam laci meja murid dan
                       tong sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari.

                    •  Sebelum meninggalkan kelas semua murid hendaklah memastikan kerusi dan meja
                       dalam keadaan kemas dan teratur.

                    •  Ketua Kelas hendaklah memastikan suis lampu dan kipas dimatikan sebelum
                       meninggalkan kelas.


                    •  Ketua Kelas hendaklah memastikan pintu dan tingkap kelas ditutup.

               e)       Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi
               tanggungjawab ketua kelas untuk melaporkan kepada guru kelas jika hilang atau rosak.

               f)       Guru Kelas hendaklah mengambil perhatian terhadap perkara berikut:

                    •  Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan
                       selamat digunakan.


                    •  Melaporkan perabot dan peralatan elektrik (ICT) yang rosak kepada Guru Besar.

                    •  Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10