Page 7 - pengurusan hem
P. 7

PANDUAN  PENGURUSAN
               SK. PIANGGU 2020

               3.2 PAS KELUAR


               ❖  Semua guru hendaklah mendapatkan dua keping pas kebenaran keluar daripada GPK
                   HEM pada awal tahun.

               ❖  Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa guru dan
                   sebagainya mesti mendapat kebenaran daripada guru mata pelajaran serta memakai pas
                   berkenaan.

               ❖  Guru-guru diingatkan bahawa hanya membenarkan seorang pelajar lelaki atau dua orang
                   pelajar perempuan untuk keluar dalam satu masa.

               ❖  Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk mendapatkan pas
                   daripada guru berkenaan atau guru yang berada dikelas sebelahnya jika tiada guru.


                ** Jika pelajar ingin balik rumah atau keluar dari kawasan sekolah, dia dikehendaki
               mendapat kebenaran daripada Guru Besar, Penolong Kanan atau Guru Kelas dengan mengisi
               dalam Buku Rekod Meminta Kebenaran Balik Awal di pejabat am dan menelefon kepada ibu
               bapa/ keluarganya untuk mengambil mereka.

               **Jika guru mendapati ada pelajar yang keluar tanpa kebenaran, sila memberi amaran atau
               laporkan kepada Guru Besar atau Penolong Kanan dengan segera.

               3.3 DISIPLIN MURID


               ❖  SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan
                   murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa.

               ❖  Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang murid itu
                   melakukan kesalahan disiplin.

               ❖  Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid yang berat kepada
                   Ketua Guru Disiplin / PK HEM / Guru Besar.

               ❖  Hukuman yang dikenakan mestilah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh KPM
                   serta setimpal dengan kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya
                   dan akan menerima hukuman dengan rela hati.

               ❖  Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh
                   menimbulkan prasangka kepada murid.


               ❖  Semua guru perlu menjadi role model – contoh teladan yang baik kepada muridmurid.

               3.4 KAWALAN/TANGGUNGJAWAB GURU

               ❖  Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka. Ini dianggap sebagai satu usaha
                   bahawa guru mempunyai sikap keprihatinan dan mengenali mereka sebagai seorang
                   individu. (Amalan Budaya Penyayang)
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12