Page 4 - pengurusan hem
P. 4

PANDUAN  PENGURUSAN
               SK. PIANGGU 2020








               2.4 MURID KELUAR / BERTUKAR / BERPINDAH

               a)      Guru Kelas perlu mencatatkan maklumat / butiran perpindahan dalam BJKM kelas.


               b)       Bagi pertukaran keluar, PK HEM perlu memastikan semua buku teks telah
               dipulangkan (di luar zon-rujuk SPBT) dan senarai judul buku yang dipulangkan diserahkan
               kepada Guru SPBT untuk rekod dan tindakan lanjut.

               c)       Untuk pertukaran dalam zon yang sama, PK HEM merekodkan judul buku yang akan
               dibawa ke sekolah baru dan menyerahkan kepada Guru SPBT untuk rekod dan tindakan
               lanjut.

               d)       Semua dokumen yang berkaitan dengan murid perlu diserahkan kepada murid untuk
               rujukan pihak sekolah baru.

               e)       Sijil Berhenti Sekolah hanya diberikan kepada murid Tahun 6.

               f)       Merujuk Dasar Pendidikan Wajib pihak sekolah tidak dibenarkan mengeluarkan sijil
               berhenti sekolah selagi murid itu berada dalam lingkungan umur pendidikan wajib.


               2.5 PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS

               a)       Guru Kelas boleh melantik Jawatankuasa Kelas yang terdiri daripada:


                       • Ketua Kelas

                       • Penolong Ketua Kelas

                       • AJK Kebersihan


                       • AJK Keceriaan

               b)       Guru Kelas hendaklah menyelaras penyediaan perkara berikut:

                    •  Jadual Waktu - ditampal pada papan kenyataan Kelas


                    •  Jadual Tugas Kebersihan - ditampal pada papan kenyataan kelas.

                    •  Pelan kedudukan kelas - ditampal di atas meja Guru

                    •  Inventori Kelas - ditampal pada pintu


                    •  Moto kelas - ditampal pada papan kenyataan kelas.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9