Page 15 - Genius PBD Sejarah Thn 6 (EG)
P. 15
Strategi RPH
UNIT
8 Kemajuan Ekonomi Malaysia
Panduan RPH Tahap Penguasaan
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) (TP) Halaman
12.2 Kemajuan Ekonomi di 12.2.2 Menyenaraikan kegiatan ekonomi yang TP3, TP4 74,
Malaysia menyumbang kepada kemajuan negara
K12.2.4 Menyatakan kepentingan kemajuan 75
ekonomi bagi mengekalkan kemakmuran
negara Buku Teks m.s. 128 – 136
BBM PAK-21 KBAT
Buku teks, gambar, video Kerusi panas Menganalisis
EMK i-THINK Nilai Murni
Kelestarian global Peta pokok Berusaha
Cadangan PdPc
1. Guru berbincang dengan murid tentang kemajuan ekonomi negara kita.
2. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
3. Setiap kumpulan dikehendaki membincangkan salah satu sektor ekonomi berikut:
• Industri getah dan kelapa sawit • Industri automotif
• Industri petroleum dan gas • Industri pelancongan
4. Setelah masa yang diberikan tamat, seorang wakil kumpulan akan duduk di kerusi yang disediakan di hadapan kelas.
5. Wakil kumpulan tersebut akan bertindak sebagai pakar untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh murid-
murid lain.
6. Murid-murid membuat rumusan tentang kemajuan ekonomi negara kita.
7. Murid-murid menjawab soalan dalam buku Genius PBD Sejarah halaman 74 – 75.
Panduan RPH Tahap Penguasaan
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) (TP) Halaman
12.2 Kemajuan Ekonomi di 12.2.3 Menjelaskan pencapaian ekonomi negara TP5 76
Malaysia Buku Teks m.s. 137 – 138
BBM PAK-21 KBAT
Buku teks, gambar, video Peta i-THINK Menilai
EMK i-THINK Nilai Murni
Kelestarian global Peta dakap Berusaha
Cadangan PdPc
1. Guru berbincang dengan murid tentang kemajuan ekonomi negara.
2. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
3. Setiap kumpulan akan mengkaji serta membincangkan salah satu aspek kemajuan ekonomi berikut:
• Produk pertanian • Pembangunan
• Produk petroleum • Perhubungan
• Produk automotif • Perdagangan
4. Guru menyediakan sebuah peta dakap untuk dilengkapkan.
5. Setelah tamat tempoh perbincangan, setiap kumpulan tampil untuk melengkapkan peta dakap tersebut dengan
maklumat berkaitan dengan aspek kemajuan ekonomi yang dibincangkan.
6. Murid-murid lain memberikan respons dan membuat catatan.
7. Murid-murid menjawab soalan dalam buku Genius PBD Sejarah halaman 76.
UNIT 8 EG 13 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
00 PdPC GENIUS PBD SEJ Thn6.indd 13 22/09/2022 4:52 PM

