Page 12 - Genius PBD Sejarah Thn 6 (EG)
P. 12

Cadangan PdPc
          1.  Guru berbincang dengan murid tentang pelbagai perayaan yang disambut di negara kita.
          2.  Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
          3.  Setiap kumpulan membuat tinjauan berkaitan dengan tujuan sambutan pelbagai perayaan di negara kita.
          4.  Guru menyediakan sebuah peta dakap di hadapan kelas untuk diisi oleh murid-murid.
          5.  Setiap kumpulan tampil ke hadapan kelas untuk mengisikan nama perayaan pada ruang yang betul dalam peta dakap.
          6.  Guru membuat rumusan tentang tujuan sambutan perayaan di Malaysia dan kepentingan menghormati kepelbagaian
             sambutan dan adab perayaan.
          7.  Murid-murid menjawab soalan dalam buku Genius PBD Sejarah halaman 56 – 57.
          Panduan RPH                                                      Tahap Penguasaan
           Standard Kandungan (SK)         Standard Pembelajaran (SP)           (TP)       Halaman
         11.3   Perayaan Masyarakat di   11.3.3  Menjelaskan cara sambutan perayaan   TP5    58
              Malaysia                  dahulu dan kini               Buku Teks  m.s. 98 – 101

                       BBM                          PAK-21                       KBAT

                Buku teks, gambar, video         Lawatan ke galeri               Menilai
                        EMK                         i-THINK                    Nilai Murni

                  Kreativiti dan inovasi        Peta buih berganda             Kerjasama
          Cadangan PdPc
          1.  Guru berbincang dengan murid tentang cara sambutan perayaan di negara kita.
          2.  Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
          3.  Setiap kumpulan ditugaskan untuk membincangkan sambutan perayaan di negara kita pada zaman dahulu dan hari
             ini.
          4.  Hasil perbincangan disediakan dalam bentuk rajah, peta minda, gambar atau video yang menarik.
          5.  Setiap kumpulan akan mempamerkan hasil dapatan di sudut-sudut yang telah ditetapkan.
          6.  Murid-murid akan beredar ke sudut tersebut untuk melihat hasil kerja setiap kumpulan secara bergilir-gilir.
          7.  Murid-murid boleh memberikan komen dengan menggunakan sticky notes yang disediakan.
          8.  Murid-murid membuat rumusan tentang sambutan perayaan pada masa dahulu dan kini.
          9.  Murid-murid menjawab soalan dalam buku Genius PBD Sejarah halaman 58.






























        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.          EG 10                                        UNIT 6






   00 PdPC GENIUS PBD SEJ Thn6.indd   10                                                         22/09/2022   4:51 PM
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17