Page 3 - Genius PBD Sejarah Thn 6 (EG)
P. 3
Strategi RPH
UNIT
1 Pembentukan Malaysia
Panduan RPH Tahap Penguasaan
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) (TP) Halaman
10.1 Pembentukan Malaysia 10.1.1 Menyatakan idea pembentukan dan sebab- TP1, TP2 2, 3
sebab pembentukan Malaysia
Buku Teks m.s. 4 – 7
BBM PAK-21 KBAT
Buku teks Kedai kopi / Kafe Menganalisis
EMK i-THINK Nilai Murni
Patriotisme Peta buih Cinta akan negara
Cadangan PdPc
1. Guru berbincang dengan murid tentang keadaan Persekutuan Tanah Melayu selepas merdeka.
2. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
3. Setiap kumpulan duduk dalam bentuk bulatan seperti di kafe.
4. Guru meletakkan tajuk di atas setiap meja untuk dibincangkan, iaitu idea pembentukan Malaysia dan faktor-faktor
pembentukan Malaysia.
5. Setelah masa yang diberikan tamat, setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka di hadapan kelas.
6. Murid-murid lain memberikan respons dan membuat catatan.
7. Murid-murid menjawab soalan dalam buku Genius PBD Sejarah halaman 2 – 3.
Panduan RPH Tahap Penguasaan
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) (TP) Halaman
10.1 Pembentukan Malaysia 10.1.2 Menerangkan langkah-langkah ke arah TP3 4
pembentukan Malaysia Buku Teks m.s. 8 – 9
BBM PAK-21 KBAT
Buku teks, gambar Three stray, one stay Mengaplikasi
EMK i-THINK Nilai Murni
Patriotisme Peta alir Bersatu padu
Cadangan PdPc
1. Guru berbincang dengan murid tentang pembentukan Malaysia.
2. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada empat orang satu kumpulan.
3. Setiap kumpulan dikehendaki mengumpulkan maklumat tentang peranan jawatankuasa berikut:
• Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM) • Referendum Singapura
• Suruhanjaya Cobbold • Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
• United Nations Malaysia Mission (UNMM)
4. Setelah masa yang diberikan tamat, tiga orang ahli kumpulan akan pergi melihat hasil kumpulan lain, manakala
seorang ahli lagi (Murid 1) akan tinggal untuk menyambut kedatangan rakan lain bagi memberikan penjelasan tentang
hasil kerja kumpulan mereka.
5. Setelah selesai, Murid 2 pula akan tinggal dan menjalankan tugas Murid 1 dan diikuti dengan murid seterusnya.
6. Guru membuat kesimpulan tentang langkah-langkah pembentukan Malaysia.
7. Murid-murid menjawab soalan dalam buku Genius PBD Sejarah halaman 4.
UNIT 1 EG 1 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
00 PdPC GENIUS PBD SEJ Thn6.indd 1 22/09/2022 4:51 PM

