Page 8 - Genius PBD Sejarah Thn 6 (EG)
P. 8

Cadangan PdPc
          1.  Guru berbincang dengan murid tentang keunikan budaya tempatan.
          2.  Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
          3.  Setiap kumpulan dikehendaki mengkaji serta mengumpulkan bahan tentang salah satu aspek berikut:
             •    Alat muzik tradisional masyarakat Malaysia
             •    Tarian tradisional masyarakat Malaysia
          4.  Hasil kajian boleh dibuat dalam pelbagai bentuk seperti gambar, carta, iklan, brosur dan video.
          5.  Setelah masa yang diberikan tamat, setiap kumpulan bergerak ke sudut-sudut tertentu untuk mempamerkan hasil kerja
             mereka.
          6.  Setiap kumpulan akan bergerak untuk melihat hasil kerja kumpulan lain.
          7.  Murid-murid boleh memberikan komen dengan menggunakan sticky notes yang disediakan.
          8.  Murid-murid membuat rumusan tentang alat muzik dan tarian tradisional masyarakat di negara kita.
          9.  Murid-murid menjawab soalan dalam buku Genius PBD Sejarah halaman 31.

          Panduan RPH
                                                                           Tahap Penguasaan
           Standard Kandungan (SK)         Standard Pembelajaran (SP)                      Halaman
                                                                                 (TP)
         11.1   Kaum di Malaysia    11.1.5  Menghuraikan cerita rakyat berunsur   TP6        34
                                         tempatan dalam masyarakat di Malaysia
                                                            Buku Teks  m.s. 68 – 72
                        BBM                         PAK-21                       KBAT
                Buku teks, gambar, video          Persembahan                  Menganalisis
                        EMK                         i-THINK                    Nilai Murni
                     Patriotisme                    Peta alir                Cinta akan negara
          Cadangan PdPc
          1.  Guru berbincang dengan murid tentang cerita-cerita rakyat dalam masyarakat negara kita.
          2.  Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
          3.  Setiap kumpulan ditugaskan untuk mengumpulkan satu cerita rakyat, sama ada cerita rakyat yang terdapat di tempat
             tinggal mereka ataupun cerita rakyat daripada sumber lain seperti perpustakaan atau Internet.
          4.  Setiap kumpulan perlu menyampaikan cerita rakyat yang dipilih secara begilir-gilir.
          5.  Murid-murid membuat rumusan tentang kepentingan cerita rakyat.
          6.  Murid-murid menjawab soalan dalam buku Genius PBD Sejarah halaman 34.































        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.          EG 6                                          UNIT 4






   00 PdPC GENIUS PBD SEJ Thn6.indd   6                                                          22/09/2022   4:51 PM
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13