Page 25 - PBD Plus BM T1 (EG)
P. 25

Bahasa Melayu  Tingkatan 1  Pemindahan Maklumat

      Praktis     5
      Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan   Info
      tentang  sebab-sebab berlakunya keracunan makanan. Panjangnya ringkasan anda
      hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan                Keracunan
                                                                                                      Makanan
      ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.


         Keracunan  makanan  sama  ada  di  sekolah  atau  di  rumah  atau  premis-premis  makanan  bukanlah  suatu
         yang baharu, malah telah lama dibincangkan oleh pihak-pihak yang terlibat. Keracunan makanan berlaku
         sekiranya pengendali makanan tidak menjaga kebersihan makanan. Pengendali makanan hendaklah
         mengamalkan kebersihan diri dengan membasuh tangan sebelum menyentuh atau menyediakan makanan.
         Terdapat sebilangan pengendali makanan yang mengamalkan tabiat yang kotor seperti batuk atau meludah
         berhampiran makanan yang disediakan.
              Penggunaan racun yang tidak dikawal juga menyebabkan sayur-sayuran dan buah-buahan beracun
         dan berbahaya kepada kesihatan. Bahan-bahan mentah sama ada bahan basah atau bahan kering perlu
         disimpan di tempat yang sesuai dan jauh daripada vektor pembawa penyakit seperti lipas, lalat, dan tikus.
         Selain itu, proses memasak juga perlu dilakukan dengan teliti. Makanan yang tidak dimasak dengan baik
         dapat menyebabkan keracunan makanan. Penggunaan bahan pewarna dan bahan perasa yang berlebihan
         juga dapat mengganggu kesihatan.

              Akhir-akhir ini, banyak kejadian dilaporkan oleh media massa berkaitan dengan penyediaan makanan
         yang kotor di premis-premis makanan termasuklah warung nasi kandar, restoran tomyam, dan sebagainya.
         Sikap pengendali makanan yang tidak menghiraukan kebersihan dapur dan persekitarannya dapat
         mengundang padah. Tindakan tegas daripada pihak jabatan kesihatan dan
         pihak berkuasa tempatan dengan melakukan pemeriksaan mengejut dan              Bestari Kata
         tindakan seperti amaran dan larangan berniaga akan menyedarkan mereka      •  tabiat – perbuatan yang
         tentang pentingnya penjagaan kebersihan semasa menyediakan makanan.         selalu dilakukan, kelakuan,
                                                                                     tingkah laku
              Mangsa keracunan akan mengalami gejala seperti loya, pening, muntah,   •  vektor – haiwan yang
         dan cirit-birit. Kegagalan mendapat rawatan segera menyebabkan mangsa       mengandungi parasit
         pengsan, malah dapat mengakibatkan maut. Isu keracunan makanan ini perlu    berbahaya serta dapat
         ditangani dengan segera memandangkan kebanyakan masyarakat kini lebih       memindahkan parasit
                                                                                     tersebut kepada organisma
         gemar makan di luar berbanding dengan makan di rumah. Kesedaran semua       lain
         pihak tentang pengambilan makanan yang bersih dan berkhasiat amat penting   •  padah – akibat, balasan
         bagi mencegah sesuatu yang tidak diingini daripada berlaku.


                Antara sebab berlakunya keracunan makanan ialah penyedia makanan yang tidak menjaga kebersihan

      makanan, termasuklah mengamalkan tabiat kotor seperti batuk atau meludah berhampiran makanan. Selain
      itu, penggunaan racun serangga yang tidak dikawal menyebabkan sayur-sayuran dan buah-buahan dapat

      mengakibatkan keracunan makanan. Bahan-bahan mentah yang belum dimasak yang terdedah kepada vektor

      pembawa penyakit seperti lipas dan lalat juga menyumbang kepada keracunan makanan. Penggunaan bahan
      pewarna dan bahan perasa yang berlebihan juga akan mengganggu kesihatan. Ironinya, sikap pengendali

      makanan yang tidak menghiraukan kebersihan dapur dan persekitaran akan mengundang padah. Pemeriksaan

      mengejut oleh pihak yang bertanggungjawab dan tindakan undang-undang akan dikenakan bagi menyedarkan

      pemilik premis makanan yang bersikap sambalewa ini.










      © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.                    116






  Praktis Masteri Pemindahan Maklumat.indd   116                                                           14/11/2022   4:48 PM
   20   21   22   23   24   25   26   27