Page 22 - PBD Plus BM T1 (EG)
P. 22

Bahasa Melayu  Tingkatan 1  Pemindahan Maklumat

         Praktis    2

         Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan   Info
         tentang kesan-kesan rasuah kepada masyarakat dan negara. Panjangnya ringkasan anda               Apa itu
         hendaklah tidak melebihi  100 patah perkataan.  Anda digalakkan supaya menggunakan               Rasuah?
         ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.


           Rasuah ialah penyakit sosial yang dapat mencemarkan imej sesebuah negara dan rakyatnya. Rasuah wujud
           sejak manusia mula mengenal erti peradaban dan ketamadunan. Sekiranya diterima sebagai amalan biasa,
           rasuah akan membawa kehancuran kepada seluruh masyarakat, bangsa, dan negara seperti yang berlaku
           dalam sejarah tamadun besar dunia.
                Gejala ini berlaku kerana adanya si pemberi dan si penerima. Kedua-dua pihak dianggap bersalah
           kerana melakukan penyelewengan demi tuntutan peribadi. Selain itu, rasuah diberikan oleh pihak tertentu
           untuk mempercepat sesuatu urusan. Perbuatan rasuah juga berlaku kerana pelaku tidak mengamalkan
           nilai-nilai murni atau tidak mempunyai sahsiah yang baik.
                Kita terpaksa mengakui bahawa Malaysia juga tidak terkecuali dalam fenomena ini. Walaupun gejala
           ini belum begitu berleluasa, kesedaran seluruh masyarakat amat diperlukan, terutama dalam suasana
           pertumbuhan ekonomi yang kian pesat. Jika tidak dikawal dan diperangi habis-habisan dari awal, rasuah
           akan memberikan kesan yang lebih buruk terhadap sistem pentadbiran negara. Penyakit ini juga akan
           turut menggugat kestabilan sosial negara, apatah lagi ketika kerajaan sedang mencanangkan program
           pembangunan perindustrian yang bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju. Gejala ini
           akan menjejaskan keyakinan orang ramai, terutama pelabur asing terhadap kecekapan dan keberkesanan
           sistem perundangan serta birokrasi negara ini.
                Masyarakat yang mengamalkan rasuah bukan sahaja kehilangan harga diri, malahan amalan rasuah
           merupakan kesalahan besar di sisi agama dan pengamal rasuah dianggap berdosa. Sesuatu organisasi yang
           mengamalkan rasuah akan hilang integriti dan kepercayaan orang ramai. Penjenayah rasuah yang ditangkap
           akan dikenakan tindakan undang-undang yang berat seperti denda dan penjara, selain kehilangan
           pekerjaan. Oleh itu, semua pihak perlu menjauhi sifat tamak yang dapat          Bestari Kata
           menyebabkan perbuatan rasuah  serta mengelakkan diri daripada berbelanja
           melebihi pendapatan. Oleh sebab usaha menangani gejala ini kian serius,    •  imej – sesuatu yang
           rakyat sangat berharap agar tiada sesiapa pun yang akan terkecuali daripada   terpapar pada pandangan
                                                                                        atau tanggapan orang atau
           tindakan undang-undang. Kita yakin bahawa hukuman yang setimpal dapat        pihak lain
           mewujudkan perilaku yang baik kepada diri seseorang. Sehubungan itu, dalam   •  birokrasi – cara
           memerangi gejala ini, semua pihak perlulah bertindak secara menyeluruh dan   pentadbiran yang
           berterusan. Jika kita sepakat melakukannya, tiada sebab kita akan gagal.     melibatkan berbagai-bagai
                                                                                        peringkat atau proses
                 (Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana dalam 'Minda Pengarang',   pengurusan dan banyak
                                                                       Berita Harian)   peraturan



             Amalan rasuah di sesebuah negara perlu ditangani kerana banyak memberikan kesan buruk kepada negara.

         Amalan rasuah dapat mencemarkan imej negara dan rakyatnya. Selain itu, amalan ini memberikan kesan buruk
         terhadap sistem pentadbiran negara. Amalan rasuah juga dapat menjejaskan  keyakinan orang ramai, khususnya

         pelabur asing terhadap kecekapan dan keberkesanan sistem perundangan serta birokrasi negara. Seterusnya,

         sesuatu organisasi yang mengamalkan rasuah akan hilang integriti dan kepercayaan orang ramai. Akhir sekali,
         amalan  rasuah  menyebabkan  seseorang  boleh  dikenakan  tindakan  undang-undang  dan  akan  kehilangan

         pekerjaan.










                                                          113                                 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






  Praktis Masteri Pemindahan Maklumat.indd   113                                                           14/11/2022   4:48 PM
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27